Saturday, March 3, 2012

Ustaz Fathul Bari : Berdua-duaan Bersama Bukan Muhrim Tidak Boleh Biarpun Dengan Alasan Kaunseling



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan apa yang terjadi kepada pemimpin kanan PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat baru-baru ini, haruslah diserahkan kepada Mahkamah untuk memutuskannya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan sewaktu menyampaikan satu ceramah agama di Ibu Negara.

"Dari segi prinsip, masyarakat tidak boleh membuat pelbagai persepsi buruk terhadap pemimpin PKR tersebut walaupun tuan tubuh mengaku bersama-sama perempuan terbabit pada pukul 2 pagi..," kata Fathul Bari.

Walaubagaimanapun, Fathul Bari menegaskan bahawa tidak boleh untuk berdua-duaan dengan perempuan bukan muhrim biarpun dengan alasan untuk memberi kaunseling.

"Walaupun tuan tubuh (Badrulamin) menyebut hendak consult (memberi kaunseling), tapi consult tak sesuailah pada waktu tersebut.., waktu jam 2 pagi tu semua."

"Nak consult dengan perempuan dalam bilik pun tak boleh.., tidaklah bersendirian seseorang itu dengan wanita yang bukan mahramnya kecuali syaitan menjadi pihak ketiga..," ujar beliau.

Fathul Bari juga menasihatkan agar Badrulamin tidak membuat terlampau banyak kenyataan terbuka kepada media kerana dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak fitnah kepada dirinya sendiri.

Pada 25 Februari lalu, Badrulamin ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan Pahang pada pukul 3 pagi.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang kemudiannya menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). - UtaraNews

2 comments:

  1. Sepatutnya berdua-duaan sesama suka lelaki macam homo cun yang suka bontot ni pun tak boleh.

    ReplyDelete
  2. Ada la nanti NGO kata undang2 tersebut lapuk. Maka berduyun2 diajak kejalan=jalan raya untuk demonstrasi ganan menentang undang2 lapuk tersebut.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.