Wednesday, April 11, 2012

Tuan Guru Abdullah Sa'amah: PAS Sebenarnya Yang Toghut


KOTA BHARU – Pengasas pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa’amah menyelar parti Pas yang menuduh UMNO sebagai toghut dengan menyifatkan parti itu sebenarnya toghut.

Katanya, Pas sekarang telah menyimpang jauh dari prinsip awal penubuhannya dan perubahan itu dilihat amat ketara sekali selepas bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Pas sekarang hanya lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup mengkafir dan menuduh UMNO sebagai toghut sedangkan UMNO adalah parti yang tidak pernah mengabaikan kepentingan rakyat, kedaulatan agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah umumnya di sini semalam.

Abdullah mendakwa sebenarnya Pas toghut kerana menolak UMNO yang sungguh-sungguh memperjuangkan agama dan bangsa, sedangkan Pas terang-terangan bersekutu dengan orang yang menolak dasar perjuangan Islam terutama DAP.

“Malah mereka akur apa saja kata DAP. Kita tengok dalam beberapa isu terutamanya berkaitan dengan agama seperti sambutan Maulidur Rasul dan isu penggunaan nama Allah, Pas seolah-olah menyokong DAP.

“Bahkan bekas exco Selangor yang begitu lantang memperjuangkan agama dalam isu akidah boleh dipecat begitu saja,” katanya.

Beliau berkata, UMNO merupakan parti Melayu tetap kekeal relevan dengan perjuangannya berbanding Pas dalam memartabatkan syiar Islam sekaligus mengangkat kedaulatan bangsa Melayu.

Katanya, sejarah bangsa akan lenyap di bumi sendiri sekiranya rakyat memberi peluang kepada pembangkang menerajui kerajaan negara pada Pilihan Raya Umum akan datang memandangkan sikapnya yang lebih bersifat retorik.

“Di Kelantan, apa yang kerajaan Pas buat selepas memikul amanat rakyat selama hampir 22 tahun? Sebagai rakyat kita mesti memandang serius dengan persoalan itu kerana kita (rakyat) sebenarnya selaku pembentuk kerajaan,” katanya.

Justeru, Abdullah menyeru rakyat supaya membuat penilaian dengan bijak untuk memilih pemimpin pada Pilihan Raya nanti.-http://detikperubahan.com

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.