Saturday, May 19, 2012

Mufti Perak Bongkar Kisah Lama PAS


Gempak habis . . . kalau tak berani baca tak pa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.

Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam. Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.

Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata: “Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”. “Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

 Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian. “Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah. “Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu, namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar). “Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu. “Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan. “Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.

 “Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada. “Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya. Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

 “Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

 “Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “ “Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.” “Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam ”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri. Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .” “Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan. “Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan. “Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .” “Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.


 “Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah. “Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.

 “Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .” Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

 “Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

 Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu. “Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

 “Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam. “Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?. Katanya

 “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian. “Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun . “Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

 Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata: “Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

 “Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu. Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?

 “Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam. Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah.

 “ Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.- 18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN[Agenda Daily]

Monday, May 14, 2012

Ulama Muda UMNO Berlapang Dada Sedia Muzakarah Dengan PAS



SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.

 Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.

 “Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.
" Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya.

 Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.

 Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

 “Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya.

 Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal.

 “Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama.

 “Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.-SH

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai". [ Ali Imran, 3:103]

Sunday, May 13, 2012

Juak-Juak Pembangkang Pasti Bengang Tengok Klip Video Ini !!!



Nampaknya,video klip ini lebih dasyat lawaknya dari sembang rakyat sebelum ini yang mana dikecam habis oleh juak-juak pembangkang kerana menghentam mereka.Inilah suara rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," Kami demonstrasi pasal kami tak suka demonstrasi",Terbaik la Boboi,Johan dan Sharifah Shahira kerana buat juak pembangkang sakit hati dengan klip video komedi ini...

Saturday, May 12, 2012

Kerajaan Setuju Bentuk Badan Peguam Baru,Majlis Peguam Sudah Tak Relevan!!!




KUALA KANGSAR - Kerajaan bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk satu organisasi baru bagi mewakili mereka mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

 Beliau berkata golongan peguam itu boleh membentuk organisasi itu atas nama persatuan atau agensi lain yang baru seperti Akademi Undang-undang dengan menggunakan pendekatan lain. 

"Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi yang lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Malis Peguam (sedia ada) hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja.

 "Tapi ada juga yang lulusan undang-undang jadi pensyarah namun tidak menjadi anggota majlis berkenaan. Ada lulusan udang-undang yang bekerja di bank-bank dan sektor korporat.
Mereka ini bukan 'practising lawyer', mereka tidak jadi anggota majlis, tidak ada persatuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada program Profesional Guru-guru Daerah Kuala Kangsar Zon Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak di Padang Rengas di sini, hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan anggota Majlis Peguam Abu Backer Sidek supaya sebuah badan guaman baru yang bebas dibentuk kerana Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.

 Menurut Mohamed Nazri, golongan peguam berkenaan boleh mewujudkan Akademi Undang-undang yang mewakili semua lulusan undang-undang di negara ini.

 Katanya beliau tidak terkejut apabila terdapat anggota Majlis Peguam sendiri tidak berpuas hati dengan badan itu. Majlis Peguam sepatutnya menjaga anggota dan kepentingan profesion guaman serta mengambil tindakan terhadap mana-mana peguam yang didapati menyelewengkan hasil aduan yang dibuat orang ramai terhadap peguam yang terbabit, katanya.

 "Saya dari awal lagi menyatakan kalau Majlis Peguam mahu terlibat politik, sila daftar sebagai parti politik maka tidak berbangkitlah masalah seperti hari ini. Ia ada hampir 20,000 anggota dan hanya 1,270 hadir (semalam ke mesyuarat agung luar biasanya). Itu tidak mewakili kehendak suara majoriti peguam-peguam," katanya.

 Beliau berkata pemilihan dalam jawatankuasa Majlis Peguam juga dimonopoli oleh segelintir kumpulan sahaja kerana sistem pemilihannya dibuat secara pos dan tiada sistem undi serta peti undi. Semalam, Majis Peguam meluluskan 12 resolusi pada mesyuarat agung luar biasanya yang antaranya mengecam tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.

 Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan, Mohamed Nazri berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa.

 "Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia. Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya.

 Beliau turut berkata pihaknya akan meneliti sekiranya penganjur perhimpunan berkenaan Datuk S.Ambiga melanggar apa-apa kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 terutama kerana menghina mahkamah.

 "Kita nak tengok kalau dia ada langgar apa-apa kesalahan di bawah akta baru ini. Kita nak lihat di bawah (kesalahan) menghina mahkamah (kalau) saya nak minta supaya dia didakwa. "Paling ketara adalah menghina mahkamah sebab jelas ada perintah mahkamah yang tidak boleh dilanggar. Dia ketua, jadi dia mesti ambil semua tanggungjawab ini. Jangan 'semut' sahaja kena dakwa, anda sebagai ketua nak lari?" soalnya. - Bernama

Friday, May 11, 2012

Gelombang Merah UMNO Sudah Bermula Penanda PRU 13 Makin Hampir

Hebat sungguh penangan sambutan UMNO 66 tahun ,lautan merah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil,pasti Anwar tidak senang hati punya tengok gelombang seperti ini,inilah baru namanya perhimpunan aman dan bukannya rusuhan duduk bantah BERSHIT 3.0 yang dianjurkan oleh Anwar.

Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO ke 66 dan semoga Allah berkati dan pelihara perjuangan yang dibawa oleh UMNO untuk agama ,bangsa dan negara.




Thursday, May 10, 2012

Dr. Hassan Ali Nafi UMNO Terlibat Dalam Serbuan JAIS



SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Umno Selangor tidak terlibat dalam operasi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lepas.

 Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat dalaman daripada JAIS mengenai penglibatan Umno Selangor dalam serbuan itu. Hasan, yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, turut berkata tidak ada mana-mana anggota Umno yang datang berjumpa beliau selepas serbuan dibuat.

 "Sebelum, semasa dan selepas (serbuan) tidak ada orang Umno temui atau hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya tentang operasi (JAIS) itu," katanya semasa menjawab soalan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno.

 Hasan berkata demikian pada hari pertama perbicaraan kes saman RM10 juta Umno terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang memfailkan saman itu pada 14 Sept tahun lepas, menamakan Mustafa; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd; penyunting akhbar berkenaan Ahmad Lutfi Othman; dan wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, sebagai defendan.

 Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin antara lain mendakwa Mustafa, ketika ditemu ramah Khairul Azlam pada 15 Ogos 2011, telah memfitnah Umno berhubung operasi serbuan JAIS di gereja berkenaan dan kenyataan Setiausaha Agung Pas itu diterbitkan dalam sebuah artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais' di halaman kedua akhbar Harakah bertarikh 19-21 Ogos 2011.

 Kepada soalan Mohd Hafarizam bagaimana beliau mengetahui mengenai serbuan di gereja itu, Hasan berkata beliau mendapat maklumat melalui SMS ketika menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya.

 "Selepas habis mesyuarat, pegawai JAIS datang ke bilik saya dan saya beritahu mereka ada kebijaksanaan untuk menjalankan tugas dengan profesional, jadi saya nasihatkan mereka supaya jalankan tugas dengan profesional," katanya. Hasan turut disoal peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa mengenai kewajaran Setiausaha Agung Pas itu mengadakan sidang akhbar berhubung isu serbuan Jais di gereja berkenaan.

 Mohamed Hanipa: Merujuk kenyataan (Mustafa) iaitu 'PAS ingin ahli dan pemimpin PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Umno', setuju atau tidak ia lebih kepada satu peringatan kepada ahli PAS.

Hasan: Bagi saya mungkin itu satu reminder (peringatan) tetapi menjurus terus kepada Umno saya rasa saya tidak berapa setuju. Dalam isu ini, saya tidak sangka Mustafa keluarkan kenyataan itu. Kalau saya Setiausaha Agung, saya akan `clarify' (dapatkan penjelasan) dulu, dapatkan `confirmation' (pengesahan) daripada pihak berkenaan, bila dah sahih baru saya `issue statement' (keluarkan kenyataan) kepada media.

 Mohamed Hanipa: Sebagai Exco kerajaan negeri (ketika itu) ada atau tidak awak buat sebarang tindakan (berhubung isu serbuan) atau keluarkan kenyataan rasmi.

 Hasan: Tidak ada, kerana ketika itu Menteri Besar Selangor telah buat `gag order' (arahan sekatan)yang melarang anggota Exco buat kenyataan mengenai siasatan JAIS di gereja itu.

 Sementara itu, Mohd Zin ketika disoal Mohd Hafarizam berkata penerbitan artikel berkenaan menimbulkan prasangka buruk seolah-olah Umno masih lagi campur tangan dalam urus tadbir agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan negeri Selangor walaupun telah kehilangan kuasa pemerintahan di negeri itu selepas pilihan raya umum ke-12.

 Ketika disoal balas Mohamed Hanipa, beliau bersetuju bahawa beberapa perenggan dalam artikel berkenaan tidak menyebut perkataan 'Umno Selangor' dan sebaliknya hanya menyebut Umno. 

"Kenapa Umno Malaysia tidak ambil tindakan (terhadap defendan) tetapi Umno Selangor yang ambil tindakan sedangkan nama Umno Selangor tidak disebut di dalam artikel berkenaan," soal Mohamed Hanipa.

 "Saya tidak tahu kenapa Umno Malaysia tidak ambil tindakan tetapi saya tahu Umno Selangor yang ambil tindakan kerana saya rasa saya ada locus standi," kata Mohd Zin.

 Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Hanipa bahawa kenyataan dikeluarkan Mustafa adalah lebih kepada memberi peringatan kepada pemimpin dan anggota PAS supaya berhati-hati dengan isu serbuan di gereja berkenaan agar tidak terperangkap dengan permainan Umno.

 Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin bersambung esok. -- Bernama

Khalid Ismath Bakal Dibuang Dari UiTM Jika Bersalah


SHAH ALAM: Tiada peluang kedua kepada mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 23, untuk terus menuntut di universiti itu seandainya didapati bersalah berhubung dakwaan merusuh dan mengugut membunuh polis.

 Perkara itu ditegaskan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar yang berkata, jika penuntut tahun dua ijazah undang-undang di UiTM Shah Alam itu didapati bersalah dari segi perundangan negara, dia akan dibuang universiti.

 Katanya, penuntut terbabit perlu menerima sebarang risiko berdepan hukuman undang-undang negara dan universiti.

 “UiTM akan membuat keputusan berdasarkan keputusan siasatan pihak berkuasa. Jika dia didapati bersalah memang kena buang (universiti) dan tiada peluang kedua lagi. “Apapun, daripada hampir 200,000 mahasiswa UiTM, hanya dia sahaja memburukkan UiTM, saya yakin ia tidak menggugat jenama dan nama UiTM di kalangan majikan di luar sana.

 “Saya akui tindakan Khalid memalukan UiTM, bagaimanapun saya optimis peluang kerjaya masih terbuka luas untuk graduan UiTM dan tidak terjejas kerana isu itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Career and Industrial Relation Expo (CaiRex 2012) di Dewan Sri Budiman UiTM, di sini, semalam.

 Sebelum ini, akhbar melaporkan, Khalid, penuntut tahun dua ijazah undang-undang di UiTM Shah Alam, ditahan polis pada 5 Mei lalu bagi membantu siasatan selepas tampil menyerah diri. Laporan memetik Khalid pada mulanya dipercayai hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berhubung ugutan bunuh polis yang ditulis di laman sosial facebook miliknya. Namun, dia kemudian ditahan polis kerana disyaki terbabit menimbulkan kekecohan dalam perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

 Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, polis selesai menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat ke atas Khalid yang didakwa menendang polis trafik dan melakukan rempuhan halangan ketika perhimpunan itu.-UtaraNews

Wednesday, May 9, 2012

Demo BERSIH Di Arab Saudi,Salah UMNO dan BN - Nasrudin Tantawi



Ini lah kenyataan paling bodoh oleh Ketua Pemuda PAS , Nasrudin Tantowi ... depa yang bikin perhimpunan haram yang menyalahi undang-undang Arab Saudi , tapi akhirnya UMNO juga dituduh perlu bertanggungjawab ...

Apa kejadahnya woi UMNO perlu bertanggungjawab pulak ? Cakap guna otak la sikit ... tak kan undang2 negara tok arab itu UMNO kena jawab pulak .. 

Kalau negara sana tak benarkan BERSIH ..lantak pi kat depa la .. sendiri buat sendiri tanggung la mangkok..




Mujur la hasil hubungan diplomasi baik antara Malaysia dengan Arab Saudi baik , kerajaan tok arab ini hanya memberi amaran dan minta Malaysia tolong pi nasihat rakyatnya yang bangang ini ...

 Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di Mekah dan Madinah seperti mana yang berlaku di kedua-dua kota suci umat Islam itu pada 26 April lepas.


 Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, perkara itu dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei, yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini. 


 "Dalam surat itu juga, kita telah diminta supaya menasihatkan rakyat kita agar mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi," katanya pada sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini, semalam. 


 Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan itu, yang didalangi pembangkang, di Mekah dan Madinah. Anifah kesal dan kecewa kerana perhimpunan haram itu bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia malah mengancam kuota haji serta penghormatan dan layanan yang dinikmati umat Islam negara ini ketika menunaikan ibadat itu di sana. - BERNAMA


Sumber : GBP


Komentar KP : Asyik-asyik salah UMNO dan BN je,dah muak rasanya dengar alasan yang sama,diorang yang buat demo ,salah UMNO jugak,ini ke standard jawapan dari Ketua Pemuda PAS,baik letak jawatan la,hal macam nie pun susah nak jawab,asyik nak salahkan orang lain,macam mana nanti nak jadi kerajaan...sampai ke tanah suci pun sibuk nak demo,Astagfirullahalazim...

Monday, May 7, 2012

Isu Rumah Kos Rendah : Penipuan Paling Hebat Guan Eng Kepada Rakyat P.Pinang



PULAU PINANG 6 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa memberi maklumat salah berhubung projek pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah di negeri ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, maklumat salah yang disiarkan dalam akhbar terbitan kerajaan negeri, Buletin Mutiara bertarikh 1 hingga 15 April itu dikhuatiri akan mengelirukan rakyat negeri ini.

 “Dalam ruangan semasa pada muka surat empat, akhbar berkenaan menyatakan sebanyak 11,596 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah telah dibina kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejak 2008. “Kenyataan tersebut merupakan satu penipuan yang besar kerana ia tidak dibuktikan dengan fakta-fakta sehingga hari ini seperti yang dituntut oleh Pemuda UMNO negeri selama ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 Menurut Shaik Hussein, laporan akhbar berkenaan juga bercanggah dengan kenyataan akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada bulan lalu iaitu kerajaan hanya membina sebanyak 1,194 unit rumah kos rendah dan 2,227 kos sederhana manakala pihak swasta pula telah membina 2,612 rumah kos rendah dan 5,563 rumah kos sederhana rendah.

 “Kenyataan bahawa kerajaan negeri telah membina 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah melalui PDC adalah penipuan paling hebat DAP terhadap rakyat Pulau Pinang. “Guan Eng perlu bertanggungjawab, tetapi saya yakin DAP akan terus memutar belitkan fakta yang dikemukakan oleh mereka sendiri apabila perkara tersebut didedahkan," katanya.

 Menurutnya, Guan Eng perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan menerbitkan dengan terperinci perkara-perkara mengenai pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.

 “Antara perkara yang perlu rakyat tahu ialah pemaju yang membina rumah kos rendah dan sederhana tersebut. “Rakyat juga perlu tahu jika syarikat swasta yang terpilih, siapakah syarikat swasta itu," katanya.

 Menurutnya, perkara lain yang perlu diberitahu adalah lokasi rumah tersebut, bilangan setiap pembangunan, nombor kelulusan serta tarikh pembinaan dimulakan dan tarikh sijil layak menduduki (CF) dikeluarkan.

 “Jika kerajaan DAP Pulau Pinang tidak dapat mengeluarkan semua fakta berikut dengan segera dalam semua akhbar tempatan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, rakyat negeri ini perlu sedar bahawa mereka telah ditipu.

 “Laungan bahawa mereka telah memperjuangkan nasib orang miskin selama ini adalah gimik pilihan raya sahaja,’’ katanya.

 Menurut Shaik Hussein, apa yang disiarkan dalam akhbar itu juga jelas membuktikan kerajaan negeri mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan membuang orang miskin pelbagai bangsa ke tanah besar, manakala bahagian pulau pula dikhaskan untuk orang kaya.-Utusan Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan Fatwakan Haram Merusuh Di Jalanan



SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan adalah haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

 Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu kerana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lalu.

"Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah, niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak boleh bersetuju ke arah usaha mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

 Panel jawatankuasa tersebut yang dianggotai 24 ahli termasuk 14 mufti yang mewakili setiap negeri menegaskan, tindakan tersebut adalah haram dan bertentangan dengan pandangan majoriti ahli sunah wal jamaah yang menjadi panduan umat Islam di negara ini. Abdul Shukor berkata, semua perhimpunan yang bertujuan tidak baik termasuk perhimpunan haram, Bersih 3.0 baru-baru ini tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat sebaliknya hanya mencetuskan huru-hara dan menyusahkan orang lain.

 "Kita mengikut pandangan ahli sunah, perhimpunan itu haram dan tidak boleh. Bukan saja Bersih 3.0, ada banyak lagi perhimpunan asalkan tujuannya tak baik, hasilkan natijah tak baik, melanggar undang-undang dan sebagainya sedangkan kita ada cara yang baik, maka kita berdosa," katanya. 

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. Menurut Abdul Shukor, umat Islam juga dilarang sama sekali menyertai perhimpunan jika ia bertujuan menjatuhkan kerajaan yang sah selagi ia tidak membawa kepada kemusnahan, kemurkaan atau maksiat kepada Allah.

 Sebaliknya, katanya, Islam menganjurkan umatnya supaya menggunakan saluran yang betul dan berhemah seperti perbincangan tanpa perlu menggadai keamanan dan kesejahteraan umat. 

"Mereka yang terlibat perlu sedar dan insaf bahawa tindakan yang dilakukan bukannya ajaran Islam sebab Islam tidak pernah menyuruh umatnya mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara untuk mencapai sesuatu agenda.

 "Lebih-lebih lagi sekiranya terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintah yang sah, ia ditegah sama sekali oleh Islam, termasuk seperti menderhaka kepada ulul amri," tegasnya.

 Dalam perkembangan lain, muzakarah tersebut turut membincangkan mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Menurut Abdul Shukor, isu tersebut jelas haram dan umat Islam dilarang sama sekali untuk menyokong atau menunjukkan simpati kepada golongan tersebut.

 "Isu itu sudah ditegaskan dalam Islam yang ia haram, oleh itu, tidak perlu ada sebarang fatwa macam sembahyang yang diwajibkan kerana ia sudah jelas,'' katanya.

 Ditanya mengenai sokongan kepada pemimpin yang secara terang-terangan berpihak kepada LGBT, beliau berkata, umat Islam wajib menolak pemimpin tersebut kerana ia tidak menepati kehendak agama.

 "Dalam Islam, apabila mahu memilih dan mengikut pemimpin ada kriteria yang perlu diikuti seperti pemimpin itu mestilah seorang yang berpengetahuan, amanah, bermoral dan mempunyai kredibiliti tinggi serta berpegang teguh pada agama yang dianuti,'' katanya.-Utusan Malaysia

Sunday, May 6, 2012

Hj Hadi Tersilap Buat Fatwa Ke??


Menurut fatwa yang diputuskan oleh Presiden PAS,jadi tidak salahlah segala jenis pendedahan yang dibuat bagi menunjukkan pada rakyat peribadi dan moral sebenar pemimpin yang disanjung oleh mereka selama ini.


Ini sangat penting kerana pemimpin tersebut berkemungkinan bakal memimpin negara dan sebagai seorang pemimpin negara,beliau perlu bebas dari segala masalah moral yang menjijikkan seperti yang didedahkan sebelum ini berkaitan 2 pemimpin tertinggi dalam PKR yang punya masalah moral yang sangat teruk.

Siri 1: Babak memadu kasih chinadoll



Siri 2: Babak makan ais krim baik punya


Masih mahukah anda kepada pemimpin sebegini untuk memimpin Malaysia??

Saifuddin Nasution Kantoi Fitnah Timbalan Pengerusi SPR Sebagai Ahli UMNO

Wan Ahmad menunjukkan nama dalam kad pengenalannya yang sama seperti disebut Saifuddin.


PASIR MAS - Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan isu keahlian Umno oleh Setiausaha Agung PKR baru-baru ini, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan oleh itu, dia melahirkan simpati dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

 Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR. Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

 “Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan yang ditemui Sinar Harian, semalam.

 Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

 “Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya.

 Sinar Harian, 26 April lalu menyiarkan kenyataan Saifuddin mendakwa Datuk Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno lalu mencabar kedua-duanya membuat penafian sebelum beliau mendedahkan lebih terperinci maklumat keahlian mereka. 

Saifuddin turut desak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad lepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

 Saifuddin turut sertakan maklumat bahawa Wan Ahmad bin Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03- 5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

 Apabila ditunjukkan kepadanya maklumat itu, Wan Ahmad berkata: “Ia berkaitan dengan diri saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR.” Datuk Wan Ahmad dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian, 3 Mei lalu nafi beliau ahli Umno sekali gus menuntut Saifuddin mohon maaf secara terbuka. Saifuddin dalam susulan sehari kemudian, pertahan dakwaan itu dengan akui sudah kemukakan ‘bukti’.

 “Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” katanya-SH

Komentar KP : Sahlah,Saifuddin kantoi lagi dalam siri fitnahnya yang tidak pernah henti dalam mencari salah SPR bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa SPR ini tidak bebas dan berpihak kepada BN.Tapi ,kali ini pemilik sebenar no K/P tersebut telah tampil dan sekaligus menafikan tuduhan Saifuddin terhadap Timbalan Pengerusi SPR sebagai ahli UMNO

Saturday, May 5, 2012

Minda Pondok Gesa Majlis Fatwa Kebangsaan Keluar Pandangan Terhadap Demonstrasi BERSIH



KOTA BHARU – Gabungan sekolah-sekolah pondok Kelantan yang dikenali sebagai “Minda Pondok” hari ini meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi mengenai perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang pada Sabtu lalu yang telah mencetuskan kekacauan dan kecederaan

Perhimpunan Bersih sebenarnya adalah merosakkan daripada membina kerana matlamat asalnya adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menunaikan hampir keseluruhan permintaan bersih.

Malangnya NGO Bersih masih diteruskan oleh Datuk S Ambiiga tetapi ia bertukar menjadi medan politik pada perhimpunan itu Sabtu lalu di Dataran Merdeka kerana mereka menjerit reformasi, polis jahat, jatuhkan Barisan Nasional – ia tiada kena-mengena langsung dengan matlamat bersih.

Lebih buruk perhimpunan itu telah bertukar menjadi ganas dengan polis sehinggakan 388 perusuh ditahan, empat kereta polis dirosakkan, beberapa pegawai cedera serta jurugambar media turut cedera akibat bersih.

Menurut Minda Pondok ini penting kerana ada pendapat yang merumuskan bahawa menyertai perhimpunan seperti itu adalah haram dan salah di sisi Islam.

Wakil Minda Pondok yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Tumpat, Mohamed Zainal Abidin Awang berkata menurut satu hadis Nabi Muhammad SAW, adalah haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan yang diketuai pemimpin kafir musyrik.

“Ini kerana ketua perhimpunan haram itu adalah (Datuk) S. Ambiga yang jelas menentang Islam, menyokong amalan seks bebas LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual), menyokong kes murtad Lina Joy dan sebab itu jika menurut hadis sahih itu adalah haram umat Islam bersama beliau dalam perhimpunan itu. “Kami juga merumuskan kenyataan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) yang mewajibkan umat Islam menyertai perhimpunan itu juga adalah salah di sisi Islam,” katanya.


Mohamed Zainal Abidin yang mendakwa dirinya anggota PAS berkata Minda Pondok amat sedih dengan kenyataan Nik Aziz itu yang menyebabkan ada penyokong PAS terutamanya telah bertindak di luar batasan pada perhimpunan tersebut.

“Sepatutnya Nik Aziz membersihkan banyak perkara dalaman pembangkang seperti isu moral (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan bersihkan (selesaikan) isu air di Kelantan daripada mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan itu,”katanya.


Beliau berkata hanya Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja yang boleh mengeluarkan fatwa rasmi mengenai perkara itu bagi mengelakkan lebih ramai umat Islam terpedaya dengan keadaan sedemikian.

"Kami berpendapat apa yang dilakukan Nik Aziz itu hanya demi nafsu dan politik semata-mata dengan tidak mengambil kira masa depan umat Islam dan rakyat keseluruhannya demi mahu pembangkang ke Putrajaya," katanya.


Menurutnya kenyataan Nik Aziz yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah zalim juga sangat mengelirukan demi tujuan politik parti tersebut.

"Zalimkah mereka yang membina masjid untuk rakyat. Zalimkah kerajaan yang membantu rakyat seperti BR1M dan bantuan persekolahan. Pada kami dari Minda Pondok, sama sekali tidak nampak di mana zalimnya kerajaan yang memerintah pada hari ini," katanya.


Beliau berkata anggota PAS daripada Minda Pondok menyokong perjuangan untuk menyatukan PAS dan Umno tetapi menentang sekeras-kerasnya kerjasama PAS dengan DAP yang jelas tidak menyokong Islam.

"Kami sedih dan kecewa PAS lebih mahukan DAP untuk berkawan daripada mahu bersama Umno yang Islamnya sama, menunaikan haji pun sama, sembahyangnya sama dan ini yang kami sedih kerana perjuangan PAS telah jauh tersasar," katanya.


Sehubungan itu beliau mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz untuk berdebat dengan mereka dari Minda Pondok mengenai hala tuju PAS sekarang yang jelas menyeleweng. Katanya desakan debat itu telah lama disuarakan Minda Pondok tetapi tidak pernah disahut oleh mana-mana pemimpin PAS itu. - Bernama

Friday, May 4, 2012

Pasca BERSIH 3.0: Luahan Hati Seorang Anak Polis

ANGGOTA POLIS YANG DIPUKUL OLEH SAMSENG BERSIH MENINGGAL DUNIA

Sebagai salah seorang anak kepada anggota polis, saya ingin bersuara bagi pihak rakan-rakan saya. Memang negara ini negara demokrasi tapi tak bermakna sikap puak pembangkang terutama Bersih berhak memaki hamun sehingga menjatuhkan maruah serta harga diri pihak polis. Anda menggelarkan anggota polis sebagai ‘anjing kerajaan’. Jadi siapakah kami anak-anak polis ini? Adakah kami anak-anak ‘anjing’? Tuduhan, cacian yang tak terbatas seolah-olah semua anggota polis kaki rasuah, tak boleh dipercayai dan sehingga tak sanggup saya menulis di sini.

 Berlinangan air mata saya apabila melihat ada di antara anggota polis dipukul, diterajang seolah-olah mereka tak punya sanak saudara enanti kepulangan mereka daripada bertugas. Saban hari bila-bila waktu kritikal seperti Bersih ini, saya sering terfikir apakah lambaian dan ciuman ayah untuk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhluk-makhluk yang BENCIkan tugas ayah.

 Apakah tugas anggota polis itu terlalu hina di mata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah dan anggota polis dapat selama ini untuk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yang tidak halal semata-mata mereka bekerja untuk kerajaan yang dipilih rakyat?

 Apa yang saya tahu setiap kali sebelum ayah pergi bekerja, ayah kami adik-beradik bersama ibu akan bersalam dan mencium tangan ayah setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi. Jangan lawan ibu, dengar cakap ibu, jangan BIADAP dengan orang lain, hormati hak orang lain dan yang paling-paling terguris di hati saya ialah ayah akan berkata jangan sesekali tinggal SOLAT kerana itu adalah tiang agama kita.

 Sedangkan di luar sana, ayah dan rakan-rakan dicerca, dimaki, diludah dan dipukul semata-mata untuk menjaga keamanan negara. Anda yang berkelakuan demikian fikirlah, dengan penghinaan yang sedemikian takkan kami anak-anak anggota polis akan berdiam, membiarkan orang tersayang dalam hidup kami diperlakukan seperti HAIWAN, sedang tingkah laku saudara-saudara pendemo itulah yang kelihatan amat keji seolah-olah negara kita tiada undang-undang, seolah-olah anda semua tiada agama, sehingga sanggup menghina, memukul, menerajang dengan niat polis itu mati adalah KEJAYAAN anda.

 Inikah yang dikatakan perjuangan menegakkan keadilan sedangkan keadilan di pihak kami, pihak ayah dan rakan-rakannya, pihak yang cintakan keamanan anda ketepikan? Maaf…Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakan kami terhadap perjuangan puak anda kerana kami melihat betapa RAKUS dan LIARnya perbuatan pendemo-pendemo itu. Negara akan hancur seandainya jatuh ke tangan puak yang tak punya peri kemanusiaan ini.

 Kepada ayah dan rakan-rakan polis ayah, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara.

 InsyaALLAH ayah, saya akan belajar rajin-rajin supaya menjadi insan yang berguna terhadap AGAMA, bangsa dan Negara, menyara hidup keluarga agar ayah tak perlu mengharungi lagi episode duka dan hina ini.

 Saya tetap berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis, yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan Negara. Ayah kaulah wira ku…..Amin


Sumber: Tulisan nota di facebook yg ditulis semula dari artikel  sebuah akhbar

Hj Hadi Kecewa,Anwar Tabalkan DAP Abang Besar Dalam Pakatan Rakyat



Kenyataan Anwar sanggup menjadi kuda tungangan pencacai DAP demi nak jadi PM menunjukkan bahawa parti chauvinis Cina ini adalah Abang Besar dalam Pakatan . Anwar kalau menjadi PM pun jika Pakatan menang umpama seperti boneka sahaja seperti mana Nizar di Perak . Segala keputusan semua dibuat oleh parti yang anti Islam dan Melayu ini .Di mana PAS?? Apa kata Hj Hadi ,Nik Aziz??Takkan merelakan sahaja!!!Sahlah duk jadi tunggangan selama ini.

 Kita tunggu la nanti apa akan jadi kepada nasib orang Melayu bila DAP naik berkuasa di Putrajaya nanti . Anwar masa itu tak boleh buat apa kerana beliau pun mengesahkan dirinya hanya kuda tungangan DAP sahaja . Jadi , di PRU 13 .......hanya menjahanamkan Pakatan sahaja & mengundi BN merupakan langkah selamat untuk selamatkan negara ini dari cengkaman parti chauvinis dan rasis DAP ini !!!



Datuk Seri Najib Razak berkata, pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rela menjadi kuda tunggangan DAP, membuktikan DAP adalah kuasa dominan dalam pakatan pembangkang. Perdana Menteri berkata, ia juga membuktikan perangai sebenar Anwar yang dikatakan oleh banyak pihak pada masa ini seperti pepatah ‘sudah terang lagi bersuluh.’

 “Nampaknya dia buat pengakuan terbuka. Sebenarnya itu pandangan banyak pihak masa kini mengenai perangainya. Dalam apa juga pakatan mereka, kuasa dominan adalah DAP. Apa yang disyaki selama ini nampaknya sudah terang lagi bersuluh,” katanya semalam.

 Najib diminta mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai kenyataan Anwar beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana lebih mempercayai pemimpin DAP termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang, berbanding pemimpin dalam UMNO.