Monday, June 25, 2012

Berita Baik Buat Rakyat P.Pinang !! Hapus Tol Motosikal Jambatan P.Pinang Jika BN Rampas P.Pinang


Bukit Mertajam,24 Jun(Bernama) - Barisan Nasional(BN) P.Pinang akan meminta kerajaan pusat menghapuskan tol bagi laluan motosikal di Jambatan P.Pinang sekiranya menang PRU-13

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang ,Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penghapusan tol itu akan memberi manfaat kepada 15,000 pengguna motosikal yang melalui jambatan itu setiap hari untuk berulang -alik dari tanah besar ke bahagian pulau

"Ini manifesto kita untuk membantu meringan beban penunggang motosikal yang menggunakan Jambatan P.Pinang," katanya kepada pemberita selepas Program Juara Rakyat"Himpunan Anak Muda" Bahagian Bukit Mertajam di Cherok Tokun,di sini Ahad

"Jika kita lihat, hanya P.Pinang sahaj satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal.Meskipun ia hanya berjumlah RM1.40 ,tetapi ,jika dicampur duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari,agak membebankan pengguna yang majoritinya golongan sederhana

"Jadi kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah P.Pinang pada PRU akan datang,"katanya.-BERNAMA

2 comments:

  1. Kalau tahu nak hampuskan, kenapa x teruskan hampus tol sbb dah ada kuasa kerajaan pusat... LOL

    ReplyDelete
  2. harap tol mansuh untuk laluan motor dan untuk laluan kereta plak dikurangkan dari rm7 kepada rm6 untuk biasa dan yg pakai smartag dan tng plak dikurangkan amaun yg sama...

    janji pembangkang tak leh pakai...
    kata nak hapuskan terus...
    PEMBOHONG!!!

    tol sungai nyior kat bagan dalam pun masih kena bayar sampai sekarang...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.