Mereka yang mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu berkumpul lebih sejam mulai 10.30 pagi di pintu masuk Kompleks Kota Darul Naim dengan membawa kain rentang dan sepanduk antaranya berbunyi ‘Kerajaan Batu Asas’, ‘Selesai Air Dulu’, ‘Manisnya Janjimu’ dan ‘Rakyat Derma Doh, YB dan Exco Bila Lagi’. Kompleks itu menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar.
Kumpulan itu turut membawa peralatan seperti kereta sorong, cangkul, penyodok dan penyapu sampah untuk Nik Abdul Aziz sebagai sindiran terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu.
Memorandum dan peralatan tersebut diserahkan wakil kumpulan itu, Kamaruddin Mohd Kasim kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Fazli Shaari yang mewakili Nik Abdul Aziz. Sementara itu, Kamarudin berkata, derma tersebut adalah untuk membantu kerajaan Pas Kelantan untuk menyiapkan projek-projek yang dijanjikannya sebelum ini.
“Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz memohon derma daripada rakyat dan meminta kita bergotong-royong menjayakan projek lebuh raya baru menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai maka hari ini ini kita datang menderma.
“Tetapi derma ini bukan untuk projek lebuh raya itu sebaliknya kita berikan secara ikhlas untuk Kerajaan Pas Kelantan memulakan kerja membina pelbagai projek yang turut dijanjikan sebelum ini tetapi sudah 22 tahun masih tidak dilaksanakan.
“Insya Allah selepas ini kalau mereka kata derma ini tidak cukup maka kita akan melancarkan tabung kutipan bagi membantu mereka dalam soal kewangan kerana janji tetap janji dan ia mestilah ditunaikan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.-Detik Perubahan
*Itulah jadi apabila berjanji tak ditepati,janji yang 22 tahun dahulu pun belum lagi selesai,dah nak janji kepada rakyat hendak bina lebuhraya,tapi kosnya rakyat kena tanggung,kerajaan kebajikan ke macam nie??Kerajaan kebajikan ialah kerajaan yang menanggung segala kos pembinaan lebuhraya itu tanpa meminta sesen pun ehsan daripada duit rakyat.Sudahlah bersandiwara wahai pemimpin PAS Kelantan!!
Tok Guru rasmi projek nanti BN sambung projek !! dont worry be happy!!
ReplyDeleteanda semua di kelantan cukup2 la tu dipermainkan selama lebih 20 thn.. anda lihat la sendiri, rasa sendiri, alami sendiri betapa perit hidup tanpa keperluan utama manusia i.e air. tanah,air dibawah kuasa kerajaan negeri dan sepatutnya kerajaan pas yg patut selesaikan. jgn ditipu dgn statement yg mengatakan ini semua halangan drp putrajaya!!!anda semua takkan masuk neraka kerana memilih keadaan yg lebih baik. kalau masuk neraka pun anda yg tentukan .... nik aziz bukan ulama mcm bukhori atau imam ghazali dia ahli politik biasa yg bukan maksum, dia yg patut masuk neraka kerana mencabar ALLAH dgn segala "fatwa" sesatnya sebagaimana sesatnya SYIAH.... SELAMATKAN PUTRAJAYA, SELAMATKAN ISLAM, SELAMATKAN MELAYU SELAMATKAN MALAYSIA.......
ReplyDelete