RAKAN penulis yang hadir mengikuti Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memaklumkan kepada penulis berita yang agak mengejutkan – Mantan Sheikh Al Azhar menyifatkan mereka yang berpendirian bahawa haji boleh ditangguhkan untuk tujuan berkaitan dengan pilihanraya adalah sesat.
Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan bertulis daripada seorang peserta seminar tersebut.
Menurut Sheikh Mahmoud, beberapa ribu orang rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara ini dan tidak patutlah ibadah yang tergolong dalam perkara fardhu itu ditangguhkan hanya untuk membolehkan mereka mengundi!!
Walaupun tidak dituju kepada sesiapa tapi rakyat negara ini keseluruhannya sudah tentu tahu bahawa satu-satunya pihak yang menganjurkan kepada jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji pada tahun ini ialah parti PAS sahaja.
Itu menjadikan pandangan dan pendapat mantan Sheikh Al-Azhar ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang setakat ini diketahui menyokong pandangan Ketua Penerangan parti tersebut Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Nik Amar dan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Amat malang bila ketokohan dan ketinggian ulama tertinggi Al-Azhar ini dicemar oleh pandangan berunsurkan politik sedemikian.
Penulis tidak 100% menyalahkan Sheikh Mahmod Abdel Ghany kerana dia mungkin tidak sedar tentang tujuan soalan tersebut dibangkitkan dan sensitiviti yang terhasil darinya – dibaca dari konteks politik negara ini -Sumber Facebookers

aku rasa ke empat2 ulama yg buat statement tu kena mintak maaf dan ampun dan sujud kat depan nik aziz, kalau tak bala beb kena masuk neraka paling bawah sebab sound nik aziz yg maksum ni. eiii takut betul aku bila baca.... seram oiii habis 4 org tu balik mesti jadi kafir dan masuk neraka..... ampunilah mereka semua ya tuan guru maksum nabi kelantan .... sumpah diorg takkan ckp mcm tu kalau diorg tau betapa maksumnya nabi kelantan ni.
ReplyDelete