Monday, June 25, 2012

PERKASA Desak 3 Diplomat Singapura Yang Sertai BERSIH 3.0 Keluar Dari Malaysia


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Singapura memanggil semula tiga diplomatnya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ketiga-ketiga diplomat terbabit perlu digantikan dengan pegawai-pegawai yang lain kerana mereka telah melanggar etika hubungan diplomatik antara dua negara. Menurut beliau, tindakan tiga diplomat itu seolah-olah menggambarkan niat mereka untuk mencampuri urusan di sebuah negara asing. 


 "Apa jua alasan yang diberikan kita tak dapat terima kerana mereka adalah diplomat. Mereka tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan negara kita sebagaimana rakyat Malaysia tidak mencampuri urusan negara lain.


 "Perkasa membantah dengan sekeras-kerasnya pembabitan tiga diplomat tersebut dan kita akan menghantar nota bantahan berhubung isu ini kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia pada pukul 12.30 tengah hari esok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kali Ke-22 di sini hari ini.


Komentar KP : Setuju benar dengan tindakan PERKASA yang mahu 3 diplomat Singapura yang terlibat dengan BERSIH 3.0 dihantar pulang semula ke Singapura dan keluar dari negara Malaysia.
Kerajaan pusat  mesti bertindak tegas dengan isu sebegini kerana wujud gerakan dari negara jiran yang cuba hendak campur tangan dalam kemelut politik di Malaysia.Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.