Thursday, June 21, 2012

Selepas Himpunan Hijau,Kini PAS Tukar Warna Oren Pulak


Pas akan menganjurkan Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai ini. Himpunan tersebut dijangka akan disertai 20,000 orang dan akan diketuai sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang akan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan ke Istana Negara.

 Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata himpunan raksasa melibatkan warga Felda serta NGO lain itu sebagai kemuncak kepada tuntutan agar kerajaan membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

 “Pihak kami juga sedang mempertimbangkan kemungkinan menghalang penyenaraian FGVH di Mahkamah kerana bagi Anak, apa sahaja akan dilakukan demi untuk menyelamatkan Felda dan kepentingan warganya daripada golongan pengkhianat yang berselindung di sebalik nama transformasi.

 “Kami sedar ujian dan cabaran cukup hebat menanti, namun kepada Allah kami memohon pertolongan,” tegasnya.

 Jelasnya lanjut, perhimpunan di luar masjid di Jalan Duta itu akan turut disertai lain-lain NGO iaitu Bersih, PPSMI, GMI dan lain-lain akan mula berarak pada jam dua petang.
 Berdasarkan pengumuman Najib sebelum ini, FGVH akan mula menyenaraikan saham pada 25 Jun ini.

Komentar KP : Apa la sakit hati sangat si Mazlan Aliman nie dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.Takkan sampai bila-bila Felda nak berada di takuk yang sama,Kita kena pandang ke depan dan bukannnya toleh ke belakang.Jangankan kerana politik,merugikan warga Felda.


psttt - Dulu himpunan hijau,sekarang nie oren pulak..lepas nie jangan kaler pink sudah ler...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.