Thursday, June 21, 2012

Ustaz Kazim : Jangan Hina Pemerintah Wahai Nizar



Sejak akhir-akhir ini,timbul isu Raja dan Sultan dihina dan dimaki oleh rakyatnya sendiri yang rasa diri mereka itu sudah hebat dan tidak lagi perlu kepada pemerintah seperti Raja dan Sultan.Institusi Raja-raja Melayu sekali lagi diherdik dengan laungan cacian dan makian puak-puak pembangkang yang tidak ada lagi adab dan sopan sebagai rakyat kepada seorang Sultan.

Sedih KP melihat komen-komen di Facebook dan twitter yang ditulis oleh orang Melayu sendiri yang seolah-olah sudah hilang rasa taat dan hormat mereka kepada institusi Raja-raja Melayu ataupun dulu dikenali sebagai Kesultanan Melayu yang sangat gah namanya di nusantara ini.Kita jangan lupa asal-usul kita,dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung,mereka yang mendakwa berjuang untuk Islam tetapi perangai dan tutur kata mereka yg buruk terhadap Raja-raja tak nampak Islam yang mereka bawa.

Mereka sudah lupa kerana jasa-jasa Raja dan Sultan lah ,Islam tersebar luas dinusantara ini.Ulama dan pedagang islam membawa risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia dan apabila tiba di nusantara Melayu ini,mereka berdakwah kepada Raja-raja dan kesultanan Melayu di sini dan akhirnya Islam tersebar luas dan menjadi agama utama dirantau nusantara sehingga ke hari ini.

Justeru,KP terpanggil untuk menyiarkan kembali peringatan Ustaz Kazim terhadap golongan yang menghinakan pemerintah.

5 comments:

  1. secara logik kita pikir ok...

    barua2 kuang ajaq ni semua beani ka kata kat sultan depan2???

    aku ibaratkan anjing menyalak bukit jer...

    jgn bagi skuad elit jumpa saja lakhanat nie semua...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. nnt hadapan Allah mcm ne nak jawab kalau kita tak cegah perkara mungkar... sy bukan nak mhina... cuma menegur... demi Allah, Allah dah wajibkan atas kita untuk amar makruf dan nahi mungkar.... apa yg tak betul.... wajib atas kita untuk menegur.... sekali sy ulang.. sy bukn hina.... sy hormt raja2.... ya, mereka yg menyebarkan Islam.... tetapi ingat.... mereka buka Rasul... mereka tidak maksum... mereka seperti kita.... ade dosa... di sana nnt.. akan tetap dihisab sama sperti kita.....akan mndpat syafaat dr Rasulullah sama sperti kita.. di sana nnt, akan bngkit sama taraf.... bukn sy nk mghina... tetapi menegur..... adakah tidak boleh menegur....?

    ReplyDelete
  3. raja & sultan perlu la bagi contoh yg baik utk rakyat... dan buat "kerja" yg bagi manfaat pada rakyat (walaupun xbanyak). contoh kes no plat WWW 1, walaupun bukan duit rakyat, tapi dgn duit yg hsetengaj juta tu boleh bagi manfaat pada rakyat johor mungkin hampir seluruh penduduk rakyat johor yg miskin, termasuk anak yatim... walaupun banyak duit, jangan terlalu tunjuk pada rakyat... membazir namanya tu, membazir amalan syaitan...

    ReplyDelete
  4. kalau orang hina kita,kita marah.So jangan la menghina orang.sesiapa saje,bukan raja je. salah..dalam islam ni dilarang hina orang. nak tegur g tegur depan-depan. kalu tegur belakang tu bukan tegur namanya.. Subhanallah..

    ReplyDelete
  5. cuba aku ckp benda sm kat nik aziz, korg mrh x? np marah? dia bkn rasul, dia bkn maksum... pandai kata org ye? yg diri sendiri xsedar... tegur konon...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.