Sunday, July 1, 2012

Hairie Othman: Saya Masuk PAS Sebab Mahu Berubah


Kemunculan Hairie Othman dalam persada politik tanah air dilihat merupakan satu usaha PAS dalam menarik undi rakyat dalam pilihanraya akan datang.Pilihannya untuk bersama PAS merupakan haknya tetapi alasannya untuk masuk PAS sebab ingin berubah(klik sini) satu benda yang sepatutnya memalukan dirinya.Kenapa perlu masuk PAS baru ingin berubah diri??Kenapa??

Sepatutnya,kita jika ingin mengubah diri ,berubah lah diri melalui jalan yang benar yakni Islam,bukannya jalan politik demokrasi yang punya cacat celanya.Yakinlah bahawa  PAS itu parti politik ,ianya bukan agama.Kenapa perlu kata saya ingin berubah jika berada di dalam PAS seolah-olah menidakkan Islam itu sendiri yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan cara hidup yang menyeluruh.

Firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 208 

 "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata".

Petikan firman diatas sudah jelas bahawa,masuklah kedalam Islam secara keseluruhan,bukannya masuk ke dalam PAS.Jangan kamu ikuti jejak langkah syaitan.Sedangkan dahulu,Nik Aziz sendiri kata jika sekiranya syaitan hendak membantu PAS jatuhkan UMNO,beliau akan terima bantuan berkenaan.Tidak kah dia tahu bahawa syaitan dan iblis itu adalah musuh yang terang lagi nyata.Jadi kenapa bantuan syaitan lagi mahu diterimanya??Parti yang sanggup terima bantuan syaitankah yang boleh mengubah dirinya??





Nabi Muhammad saw memerintahkan ummatnya melalui Abu Zar r.a dengan bersabda bermaksud :-

 "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".Abu Zar r.a.

 Pengajaran dari hadis tersebut kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.Begitu juga diterangkan bahawa sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai "syaitan manusia".

4 comments:

  1. Masuk PAS untuk berubah? Berubah membawa maksud untuk menjadi LEBIH BAIK. tetapi sebenarnya Hairee tersalah tempat dia masuk. Kes ini mengingatkan aku pada sorang kawan dulu tahun 83. Dia bertaubat dan nak berubah. Berhenti kerja kerajaan (kononnya sumber haram)dan masuk Al Arqam (masa tu PAS tak hebat). Akhirnya bila Arqam diharamkan kerana menyeleweng, dia gigit jari. Menyesal kerana tak ada pencen.

    ReplyDelete
  2. Kalau hendak menebas dilaman
    Asah sabit,cangkul dilampas
    Kalau nak perkuatkan iman
    Ta perlulah kita masok PAS.

    ReplyDelete
  3. alamakkk..nak berubah kena masuk parti politik kee...pelik semakin pelik

    ReplyDelete
  4. PASAL PERCAYA MASUK PAS MASUK SYURGA.
    BAHLOL PUNYA FAHAMAN

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.