Monday, July 23, 2012

Karpal Singh Beri Amaran Kepada Pimpinan PAS


Karpal Singh dalam akhbar NST hari ini (klik sini)telah menyifatkan bahawa jawatan Ketua Pemuda PAS sebagai rendah dalam hierarki kepimpinan PAS dan memberi amaran supaya PAS menjaga pemimpin-pemimpin bawahan mereka .

Amaran keras ini merupakan susulan daripada komen Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Nasrudin Hassan Tantawi terhadap pendirian hudud Karpal Singh yang dipersoalkan oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya,CEO Sekretariat Ulama Muda UMNO yang mana katanya Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan "Langkah mayat aku dahulu sebelum hendak tubu negara Islam".

Jawab Nasrudin Tantawi bahawa Karpal Singh sudah membuka mata terhadap Islam sejak PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan sedia duduk berbincang mengenai hudud .Kata-kata ini akhirnya memakan diri Nasrudin Tantawi apabila Karpal Singh membalun beliau dengan mengatakan pendirian tidak pernah berubah sejak dahulu dan konsisten dalam menolak perlaksanaan hudud di Malaysia.

Jadi,lihat hari ini jelas,didalam Pakatan Rakyat,orang bukan Islam tidak pernah menghormati Islam dan dengan mudah menghentam kembali apa yg dikata.Jadi,mana bukti bahawa PAS berjaya mentarbiahkan rakan parti mereka dalam Pakatan Rakyat untuk memahami bahkan menghormati islam??




1 comment:

  1. Pesan untuk penyokong Pas. Parti Ajaran Sesat memanglah Perosak Agama Sebenar dan menjadi Pembohong Amat Sangat serta Penipu Anda Semua.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.