GEORGE TOWN: Kerajaan negeri pada Jumaat mengumumkan pelantikan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, kerajaan negeri menerima surat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 Julai lepas mengenai pelantikan Mohd Salleh itu.
"Pelantikan ini seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bagi tempoh dua tahun iaitu daripada Januari 2012 sehingga 31 Disember 2013," katanya kepada pemberita di sini.
Kerajaan negeri pakatan pembangkang itu sebelum ini dikatakan melakukan kesilapan teknikal dengan menghantar nama seorang anggota Exconya Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu.
Pelantikan Abdul Malik itu mendapat bantahan Dewan Pemuda Pas kerana mendakwa ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan jawatan itu untuk pemimpin Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tiga tahun lepas.
Bagaimanapun, Salleh Man yang memenangi DUN berkenaan cuma dilantik sebagai Timbalan YDP MAIPP. - BERNAMA
Komentar KP : Penantian hampir 4 tahun selepas memenangi kerusi DUN Permatang Pasir pada 2009, di momok dengan janji tepi longkang kerajaan DAP P.Pinang untuk dilantik menjadi YDP MAIPP,akhirnya Salleh Man dilantik juga sebagai YDP MAIPP sesi Januari 2012 -Disember 2013.
Itu pun menjelang PRU-13 yang dijangka tidak lama lagi.
Perlantikan yang diibaratkan sebagai "melepaskan batu ditangga" ini hanya sebagai pengubat untuk PAS P.Pinang selepas ditipu dengan hebatnya oleh Khalifah kesayangan mereka selama lebih 4 tahun untuk diberikan jawatan YDP seperti yang dijanjikan semasa Pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009.
Beginilah taraf PAS dalam Pakatan Rakyat,disepak terajang sana sini ,ibarat sampah yang dikutip ditepi jalan .Kalau betul DAP dan PKR ikhlas nak beri jawatan itu kepada PAS,sudah lama jawatan itu menjadi milik Salleh Man
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.