Wednesday, July 18, 2012

Kufurnya Kata-Kata Anak Nik Aziz,Mohon Supaya Kembali Bertaubat


Disebalik keghairahan perjuangan PAS untuk menuju ke Putrajaya,telah timbul satu macam lagi amanat keramat yang difatwakan oleh anak Nik Abdul Aziz iaitu Nik Abduh yang boleh dianggapkan sangat ekstrim dan menyerupai perangai khwarij yang mengapi-apikan penyokong PAS untuk taksub dan wala' dalam perjuangan PAS menuju ke Putrjaya.Antara kata-katanya :

"Didunia ini tidak ada satu perjuangan yang lebih suci dari perjuangan orang-orang Pas, penyokong dan pejuang Pas menuju Putrajaya, kerana apa ? kerana ini perjuangan suci."

Kalau melihat dari ayat diatas,sudah jatuh kufur dan menyimpang kerana mengatakan perjuangan PAS lebih suci dari segala perjuangan umat Islam diseluruh dunia.Apakah perjuangan pembebasan Palestin itu tidak suci dan hanya PAS sahaja yang bawa perjuangan yang suci ini ??Nonsense talk!!

Inilah orang kata,lebih sudu dari kuah,mendabik dada kononnya merekalah yang betul sedangkan kalau benar perjuangan mereka,sudah tentu negara ini sejak 50 tahun dahulu sudah berada di bawah pentadbiran PAS bukannya UMNO/BN.

 "Kenapa kita mahu ke Putrajaya ? Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita, inilah perjuangan yang suci."


Allah yang mana yang dimaksudkan oleh Nik Abduh ?? 
Di mana perkataan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) di dalam Al Quran ??Sedangkan Hj Hadi dulu mengaku Negara Islam tidak ada dalam Al Quran ,yang ada hanya Negara Kebajikan sebab nak alihkan isu gagasan negara Islam dari terus jadi barah dalam PR.
PAS sendiri pun bukannya bersifat dengan sifat parti islam sebenar yang menjaga kata dan tingkah laku ahli dan pemimpinya dan tidak akan pernah mengkafirkan saudara seislam sendiri.

 "Apabila Allah Taala memberikan secalit kuasa kepada manusia didunia ini, maka Allah Taala tidak memberikannya kecuali kepada hamba-hambanya yang beriman, tetapi apa yang berlaku ! yang berlaku ialah syaitan dan orang-orang yang menyembah syaitan telah merampas kuasa ini daripada orang-orang yang beriman."


Adakah orang PAS sahaja yang beriman ?? Orang selain PAS tidak beriman lah kalau macam tue.Astagfirullah hal Azim....Siapa syaitan dan orang -orang yang menyembah syaitan yang dimaksudkan Nik Abduh ?? Mesti ini ditujukan kepada UMNO khasnya...suka-suka hati sahaja dia mengkafirkan lagi orang -orang UMNO seperti yang dibuat oleh bapaknya.Dia tak tahukah,Nik Aziz tue yang sebenarnya sanggup terima pertolongan Syaitan kerana hendak tumbangkan UMNO.

Kata-kata kesesatan seperti ini wajar disiasat dan dibendung oleh pihak berkuasa agama Islam seperti JAKIM daripada terus disebarluaskan kerana mengandungi pelbagai kesesatan dan boleh menyebabkan akidah Islam tergelincir akibat terlalu taksub dan meniup api perpecahan dalam kalangan Umat Islam...Mohon supaya Nik Abduh Nik Abdul Aziz kembali bertaubat dan sedar akan kesesatan dalam kata-katanya...Wallahu'alam

Baca juga di @GelombangKick

9 comments:

  1. kitab mustika hadis keluaran JAKIM ada menyenaraikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu kufur.jom kita semak sama-sama kata-kata yang sebagaimana boleh menyebabkan kufur.

    ReplyDelete
  2. Bila pulak kita merampas kuasa dari PAS- Gila Gila Gila, kesihan...

    ReplyDelete
  3. Aku cadangkan kat ko supaya pi buat laporan JAKIM.. cakap dalam blog apa guna..kah..kah..

    Hidup Melayu !!! (Slogan 'Iman')...

    ReplyDelete
  4. perjuangan nabi muhammad SAW sudah dikira tidak suci pada pandangan puak pas.perjuangan mereka lebih suci dari nabi muhammad... apa sudah jadi dengan umat muhammad akhir zaman......BERTAUBATLAH........................

    ReplyDelete
  5. SESUNGGUHNYA DOAKU DAN DOA MEREKA YANG INGINKAN KEBENARAN TELAH DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T.

    DENGAN KUASA ALLAH JUA, PAS SEMAKIN MENAMPAKKAN SIFATNYA YANG TIDAK BANYAK BEZANYA DARI AJARAN ARQAM DAN RAKAN-RAKAN SESESATAN DENGANNYA.

    YA ALLAH BANTULAH KAMI DARI KESESATAN YANG SEMAKIN NYATA INI. KURNIAKANLAH LAGI KEPADA KAMI KEFAHAMAN DEMI KESELAMATAN UMAT ISLAM SELURUHNYA.

    ReplyDelete
  6. Jangan cakap PAS sesat nanti penyokong PAS marah!!.

    Sebab mereka tidak tahupun PAS telah menyimpang jauh dari perjuangan asal. Kalau mereka tahupun
    mereka sudah sekeluarga dengan kebencian yang ditanamkan oleh PAS ke dalam hati mereka setiap hari dan berpuloh tahun lamanya. Tahniah PAS dan kawannya Syaitan.

    ReplyDelete
  7. Bangunlah aduhai saudara ku Umat Islam. Memang Perbagai kemungkaran berlaku namun, Ancaman terhadap Akidah kita Umat Islam SECARA HALUS adalaha paling malang dan ianya semakin menjadi-jadi....paling malang adalah kerana ianya atas nama Islam

    ReplyDelete
  8. Puak Pas yang taksub ni sudah tidak boleh berfikit lagi. Katalah apapun!!! walau apapun kekarutan yang dibawa oleh Pas ke dalam ajaran Islam? Ajaran sebenar tidak penting lagi.

    Daripada kata-kata bahawa Allah pun samseng, Allah juga mencarut, boleh berkawan dengan Syaitan, Allah bersila di atas Arasy, perjuangan Pas ke Putrajaya adalah perjuangan suci,Nabi Muhammad serupa Mat-Mat di kampong dan banyak lagi....

    Apa lagi yang yang tidak jelas tentang parti yang memperalatkan nama Islam untuk berkuasa ini ini?

    Penyokong Taksub Pas tidak mampu berfikir lagi.
    Tahniah pemimpin Pas.

    ReplyDelete
  9. PAS sudah mabuk kuasa menggunakan perkataan Islam untuk mengelirukan orang Melayu. Cukuplah membenarkan diri kita diperbodohkan oleh mereka yamh menggunakan cinta kita terhadap Islam dengan menyamakan gerakan politik muraha mereka dengan Islam ugama Allah.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.