Friday, July 13, 2012

Taksub PAS Punya Pasal,Isteri Diceraikan Suami Sendiri


PASIR MAS – Sehari selepas penceraian ada sinar baru buat pasangan warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dan bekas suaminya, Yahya Ibrahim, 78, apabila masing-masing menyatakan kesediaan untuk kembali bersama.

 Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri. Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.

 “Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas). “Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

 Semalam, Sinar Harian melaporkan, bekas suaminya, memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 24 Jun lalu dan menjatuhkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud. Sementara itu Yahya berkata, perceraian ini bukanlah berpunca daripada perbezaan politik, sebaliknya ia membabitkan kekuatan agama masing-masing.

 Bekas anggota keselamatan ini juga menafikan punca perceraian disebabkan tindakan bekas isterinya itu menghadiri ceramah dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali.

 Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan. “Saya harap kedua-dua pihak berbaik semula terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi,” katanya.

Komentar KP : Kesian makcik ...diceraikan suami sebab politik punya pasal..PAS sememanganya  mengajar ahlinya untuk hidup berpecah belah,sebab itulah makcik diceraikan suami sendiri yang taksub gila babi terhadap PAS..bawa-bawa bertobat la pak cik...umur tue dah tua...esok lusa pun tak tau ajal kita sudah sampai atau tidak....politik la berpada-pada....betul kata makcik nie..apa hak pakcik kata kata dia sesat dan tak ikut acuan islam sebenar....yang pakcik masuk PAS tue,ingat dah betul-betul jalan yang benar ke?? 

2 comments:

  1. Tolonglah tarbiahklan Pak Cik ni. Kesian Dia !!! cara terbaik ialah serunya kepada ajaran Islam sebenar yang disampaikan oleh Junjungan besar Rasululah S.A.W dan bukan apa yang diajarkan oleh pemimpin PAS, parti tidak peduli walau apa terjadi asal dapat undi.

    Itulah sebabnya penyokong PAS jadi taksub gila babi.

    Rukun Islam ada LIMA tidak lebih dan tidak kurang. Mengucap Dua kalimah Syahadah, Solat Lima Waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Zakat dan Haji!!.

    Tanyalah Ustaz apakah hukumnya menambah kononnya menyokong PAS baru jadi Islam.

    ReplyDelete
  2. Agaknya Syaitan, sahabat Pas berkata.

    "Tahniah dan Syabas sahabatku kerana berjaya memesongkan kefahaman umat Islam dari ajaran Islam sebenar...bagus. Jumpa anda semua di neraka jahanam?"

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.