Monday, August 6, 2012

Buddhi Hekayat Tawar Diri Untuk Buat Lagu Merdeka Yang Baru


Penulis lirik terkenal Buddhi Hekayat hari ini menawarkan diri untuk membantu kerajaan menggubah lagu dan lirik bertemakan kemerdekaan yang baru setelah lagu sedia ada "Janji Ditepati" dipertikaikan.

 Malah, Buddhi Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim bersedia terlibat dengan usaha itu walaupun tidak diberikan sebarang bayaran.

 "Hendaknya niat ini tidaklah dipandang remeh dan serong oleh pihak menteri apabila beliau sendiri menyebutkan bahawa persoalan negara harus melampaui kepentingan mana-mana politik kepartian apatah lagi sekadar dasar kerajaan sekalipun," katanya.

 Dalam kenyataannya hari ini, Buddhi Hekayat menegaskan keperluan mempunyai lagu kebangsaan dan kemerdekaan sendiri dan tulen, seperti dituntut generasi Malaysia hari ini. "Kemelut berkaitan lagu berkenaan itu sama sekali tak pula membayangkan bahawa Malaysia kekurangan bakat dalam bidang muzik," kata penulis lirik yang terkenal dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF.

 "Saya percaya, di kalangan anak-anak bangsa kita, ramai sekali yang mempunyai bakat kemampuan untuk sama-sama menggubah lagu yang mengandungi semangat dan roh kemerdekaan tanah air tercinta ini."-MK

Komentar KP : Menjelang lebih kurang 25 hari lagi untuk rakyat Malaysia menyambut sambutan Kemerdekaan negara,kerajaan tidak perlu bersikap angkuh terhadap beberapa teguran dan saranan daripada rakyat untuk menggubah kembali lagu dan lirik terhadap lagu kemerdekaan negara.Sepatutnya feedback diterima menandakan sesuatu perlu dilakukan untuk memenangi kembali hati dan suara rakyat.Jadi,KP rasa walaupun Hasmi ini seorang aktivis dari PR,namun bakatnya kita tidak perlu politikkan walaupun berbeza landasan politiknya.Jika kerajaan rasa ada komposer lain yg lebih layak,silakan tawar untuk mereka menggubah kembali lirik dan lagu ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.