Wednesday, August 15, 2012

Fairus Khairuddin : Anwar Ibrahim Manusia Paling Munafik


Baru-baru ini, penulis berkesempatan menghadiri program ceramah di kawasan Pengerang, Johor. Program tersebut antara lainnya telah mengundang penceramah khas iaitu Dr Mohammad Fairus Khairudin yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri I dari PKR bagi menerangkan kepada penduduk berkenaan isu-isu semasa dan perkembangan terkini politik tanahair.

 Antara isu yang dibangkitkan oleh beliau ialah berkenaan kerjasama antara PAS dan DAP yang dilihat bukan berlandaskan Islam tetapi lebih kepada inginkan kuasa yang bersifat politik semata-mata. Beliau mengesa gar para pemimpin PAS segera melakukan bertaubat nasuha kerana merelakan perkongsian kuasa bersama kafir harbi yang secara jelas anti kepada Melayu dan Islam.

 Walaupun para pemimpin PAS cuba berdolak dalik berkenaan isu ini, dengan mengatakan DAP telah mula mendekatkan diri dan lebih memahami Islam berbanding dahulu, namun menurut Fairus pendirian tersebut masih kekal dan tidak pernah bertukar sejak dari dahulu lagi.

Para pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta tidak ketinggalan Karpal Singh masih tebal fahaman perkaumannya walaupun wujud kerjasama antara PAS dan PKR. Selain dari itu Fairus turut menegaskan bahawa antara punca beliau mengambil keputusan drastik untuk meletakkan jawatan dan keluar dari PKR adalah kerana sikap dan tindak tanduk Anwar yang jelas berbeza dari apa yang dipersembahkan kepada rakyat.

 Sedangkan pada ketika itu belau boleh dikatakan sedang berada pada tahap yang tinggi sebagai seorang ahli politik. Namun semua kesenangan dan kemewahan itu tidak mampu untuk membeli hatinya ditambah dengan tindak tanduk para pimpinan pakatan yang rakus terhadap kuasa. Anwar Ibrahim sebegai contoh, menurut Fairus adalah merupakan seorang insan paling munafik yang pernah dijumpainya.

 Dia begitu pandai bertukar wajah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Pernah suatu ketika dahulu semasa masih bersama pimpinan PKR, beliau membawa satu pelan perancangan bagi membantu rakyat khususnya orang Melayu yang dilihat semakin terpinggir telah ditolak sekeras-kerasnya oleh Anwar.

 Dengan alasan pada ketika semua pimpinan parti harus memberikan tumpuan dan gerak kerja bagi menghadapi PRU-12 untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO. Akur dengan keputusan tersebut, Fairus menyimpan hasrat dan cadangan itu dengan alasan pakatan pembangkang masih lagi tidak mempunyai kuasa politik yang besar.

 Maka sejurus selepas PRU-12 bila mana pakatan berjaya merampas Kedah, Selangor, Perak, Kedah dan mengekalkan kuasa di Kelantan beliau sekali lagi membawa cadangan tersebut atas kapasiti sebagai orang no 2 di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Namun sekali lagi cadangan tersebut ditolak oleh Anwar Ibrahim atas alasan mahu memberikan focus kepada kepada usaha untuk merampas Putrajaya pula.

 Ia akhirnya membuat Fairus berfikir sejenak apakah Anwar benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat khususnya orang Melayu yang dilihat sebagai kumpulan majoriti di dalam negara. Atau Anwar memang tidak pernah mempunyai sebarang hasrat untuk membantu rakyat?

Ini kerana secara lojiknya sekiranya rakyat masih terus dibelenggu jurang perbezaan ekonomi yang luas antara bangsa lain, bakal mengakibatkan persengketaan kaum suatu ketika nanti. Namun dari sudut, sekiranya dibairkan maka sudah tentu ia boleh terus dimanipulasikan oleh pakatan untuk menyalahkan kerajaan BN/UMNO.

 Rentetan dari itu, ditambah dengan beberapa faktor lain, beliau akhirnya merasakan perjuangan Anwar hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata dan bukannya untuk rakyat. Di hadapan rakyat ketika berdiri di atas pentas ceramah, Anwar akan sedaya mungkin mengatakan bahawa dirinya adalah merupakan pejuang rakyat, namun sebaliknya ia hanya bertujuan untuk mewujudkan api kebencian kepada parti pemerintah.

Rentetan dari itu Fairus akhirnya mengadakan solat hajat selama 3 bulan berturut-turut bagi memohon kepada Allah swt agar diberikan petunjuk. Menurut Fairus, selama 3 bulan tersebut hatinya mula menilai sedikit demi sedikit dan akhirnya berjaya menerima UMNO sebagai landasan perjuangan sebenar. Mungkin secara kebetulan, namun Fairus percaya hanya Allah swt yang mampu mengerakkan hati hambanya yang memohon agar diberikan petunjuk dan kebenaran.

 Namun begitu, Fairus mengakui BN/UMNO bukanlah maksum dari melakukan sebarang kesilapan dan sudah tentu tidak lari dari kelemahan. Tetapi antara semua parti politik yang ada di Malaysia ini, BN/UMNO boleh dikatakan yang terbaik dalam memastikan kebajikan rakyat terus dibela dan dipertahankan.-SuaraGenerasiBaru

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.