Friday, August 17, 2012

Nasharuddin Hairan Dengan Kenyataan Bodoh Pemimpin PAS Terhadapnya



SEPANG – Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Makkah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

 “Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja pertemuan, hujahan timbul yang saya akan meninggalkan PAS dan masuk Umno. Saya cabar, di mana saya pernah buat kenyataan akan meninggalkan PAS atau masuk Umno?” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dekat sini sebaik tiba dari Jeddah.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS selepas akhbar tempatan menyiarkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Makkah.

 Nasharudin pada Khamis menasihatkan mereka yang membuat tuduhan dan andaian tidak betul mengenai pertemuan di Makkah itu supaya bertaqwa kepada Allah dan banyak beristifar khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini.

 Katanya beliau dijemput ke Makkah dengan visa khas oleh kenalannya yang merupakan ulama di Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan, dan kesempatan itu digunakan oleh para ulama berkenaan untuk bertanya bolehkah diatur pertemuan dengan Perdana Menteri.- Bernama

Komentar KP : Nah..amik hang pa pemimpin PAS,kena sebijik dari Ustaz Nasharuddin.Sangat cetek dan pendek akal betul pemimpin PAS yang cepat-cepat hentam Ustaz Nasha.Dia tak sempat lagi nak bagi tau,pemimpin PAS sudah gelabah biawak hentam dia.Antara kenyataan tidak usul periksa  dari pemimpin PAS :

Khalid Samad (klik sini)
Dewan Pemuda PAS Kelantan (klik sini)

Selain dari isu gambar Najib bersama beliau,isu gesaan beliau untuk PAS memikirkan balik wajarkah untuk bersama dengan DAP dalam satu pakatan jika mereka masih menolak hudud juga merupakan satu lagi berita panas yang membuatkan pemimpin PAS tidak senang duduk dibuatnya kerana pada mereka ini sangat membahayakan buat trend sokongan kepada PR dan para pemimpin PR dari PKR dan DAP pasti akan berasa bengang dengan kenyataan yang sangat sensitif ini.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.