Monday, September 24, 2012

PAS Bawa Usul Isu "Innocence Of Muslim" Ke Parlimen


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membawa usul meminta persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan isu Innocence of Muslims yang mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam sejak awal bulan ini.

 Dalam usulnya, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

 “Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merunding dan membincangkan (isu berkenaan) filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW," kata beliau dalam usul yang dikemukakan kepada Speaker Parlimen.

 Katanya, "sudah hampir dua minggu satu isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW berikutan penerbitan sebuah filem pendek yang dikeluarkan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, yang bukan sahaja dibantah oleh orang Islam, tetapi ia turut dibantah oleh orang bukan Islam."

 Salahuddin menambah, isu kepada kemarahan umat Islam adalah terterbitnya filem tersebut yang menyinggung perasaan dan sensitiviti agama Islam kerana menyentuh Nabi Muhammad SAW.

 "Dan, oleh kerana ia boleh mencetuskan ketegangan agama antara masyarakat yang bukan Islam sama sekali, satu tindakan peringkat antarabangsa perlu dilakukan dengan mengambil tindakan terhadap penerbit dan pengarah filem tersebut di mana negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat dan kerana sehingga kini satu desakan tidak dilakukan bagi menyatakan bantahan rasmi negara-negara Islam dan terutamanya Malaysia.

 "Oleh yang demikian, saya meletakkan kesungguhan Malaysia melalui Parlimennya untuk menyuarakan bantahan rasmi seterusnya memberikan notis batahan kepada Amerika Syarikat," katanya lagi

Komentar KP : KP sangat menyambut baik usul khas berkenaan ke parlimen untuk meminta sidang Dewan Rakyat membincang isu ini.Ia patut disambut oleh semua ahli parlimen dan perkara ini sudah menjadi isu dunia sekarang terutamanya bagi umat Islam.Tapi,yang KP kesalkan hingga kini bahawa PAS belum serius mendesak DAP untuk segera memohon maaf kepada umat Islam kerana keceluparan pemimpin mereka yang tidak memikirkan sensitiviti agama Islam dan mengambil tindakan disiplin parti terhadap Ngeh Koo Ham.PAS tidak boleh double standard dalam isu ini.

Kenyataan Mufti Perak Terhadap Sikap Biadap Ngeh Koo Ham Terhadap Umat Islam


Nabi Muhammad SAW adalah satu daripada syiar Islam selain amalan ibadah, yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Sehubungan itu, apabila agama Islam dan Rasulullah dihina dan dicerca, umat Islam wajib bangun menentang penghinaan itu serta tidak boleh bersekongkol dengan pihak berkenaan.

 "Oleh kerana sekarang ini umat Islam agak lemah, maka orang senang mempermainkan kita dari semasa ke semasa, mereka membuat penghinaan terhadap Islam, yang mampu kita buat hanya menyatakan rasa marah dan nampaknya seluruh dunia Islam bangun kerana mempertahankan, ini untuk menunjukkan ia satu perkara yang berat bagi kita," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.

 Beliau mengulas tindakan Pengerusi DAP, Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan umat Islam membantah dan menyuarakan kemarahan berhubung filem 'Innocence of Muslims'.

 Ngeh menerusi laman twitternya yang berbunyi "Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?.

 (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?)

Filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

 Harussani berkata, berkata umat Islam pula diharamkan mencaci agama atau ajaran lain yang dianuti seseorang itu sebaliknya perlu menghormati pegangan itu walaupun umat Islam berpendapat agama lain tidak benar dan diterima oleh Tuhan seperti mana yang disebut dalam Al-Quran.

 Beliau berpendapat pihak kerajaan juga perlu menyuarakan bantahan terhadap kerajaan yang berkenaan bagi pihak rakyat kerana kerajaan juga perlu mengambil berat perkara itu.

 Katanya, tindakan umat Islam menyuarakan bantahan, kecewa dan marah terhadap perkara itu tidak boleh dianggap sebagai membuang masa kerana umat Islam juga perlu menunjukkan rasa marah dan tidak mahu dianggap bodoh kerana berdiam diri.

 "Apa yang dipersoalkan Yang Berhormat (Ngeh) dengan mengatakan buang masa, maknanya dia tidak peka terhadap perasaan umat Islam kerana dia bukan Islam, jika kena agama dia sendiri, saya ingat lebih daripada itu dia akan 'mengamuk' lebih teruk daripada kita," katanya.

 Katanya, beliau turut melihat pemimpin parti Pas yang menjadi rakan parti DAP dalam pakatan pembangkang juga berdiam diri kerana seolah-olah wujud satu kebencian terhadap kerajaan pimpinan sedia ada. - BERNAMA

Wednesday, September 19, 2012

Mahasiswa Hingusan Fitnah PM ,Wujud Campurtangan Dalam Urusan Perlantikan Timbalan Rektor UIAM


Agak menakjubkan apabila budak-budak hingusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) mempunyai ilham untuk menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demi meraih undi pilihanraya kampus kali ini.

 Untuk makluman, pilihanraya kampus di IIUM dijadualkan bermula hari ini di mana kini sedang berlangsung proses penamaan calon di universiti tersebut. Semalam, sekumpulan budak-budak hingusan menyiarkan sepucuk surat perlantikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Datuk Profesor Madya Dr. Mizan Hitam, kononnya telah ditandatangani Perdana Menteri.

 Mereka mendakwa Dr. Mizan dilantik bagi memastikan kemenangan para mahasiswa pro-kerajaan di IIUM yang dikini dikuasai oleh kumpulan pro-Mahasiswa yang membawa suara Pakatan Haram di universiti tersebut.

 Persoalannya, apakah benar surat bertarikh “7 Ogos 2012” yang disiarkan di laman facebook Buletin UIAM itu adalah sepucuk surat yang sah dan berkreadibiliti untuk dijadikan bahan bukti? Menariknya, surat berkenaan menggunakan kepala surat UMNO ditujukan kepada Rektor IIUM, Datuk Profesor Dr. Zaleha Kamaruddin dan ditandatangani Najib di atas kapasiti jawatan Presiden UMNO Malaysia.

 Saya ingin bertanya budak-budak hingusan yang cuba mereka-reka cerita kartun ini, apakah mereka fikir Perdana Menteri mempunyai masa untuk memikirkan soal perlantikan seorang Timbalan Rektor HEP bagi sesebuah universiti?

 Budak-budak suruhan Anwar di IIUM itu perlu tahu bahawa Najib sangat sebok menguruskan negara dan memiliki jadual yang padat berbanding “ketua” mereka yang begitu banyak masa berceramah ke sana sini dan kerap ke luar negara melobi dana PRU!

 Lebih-lebih lagi, apakah budak-budak tersebut fikir Perdana Menteri sebodoh mereka untuk menulis sepucuk surat bagi melantik seorang Timbalan Rektor sedangkan beliau mampu berbuat demikian hanya dengan satu panggilan telefon saja?

 Untuk makluman budak-budak Pro-M di IIUM, apakah mereka fikir dengan melantik Dr. Mizan sebagai Timbalan Rektor HEP di universiti itu maka beliau mampu memastikan mahasiswa pro-kerajaan menang pada pilihanraya kampus kali ini?




Apakah dalam tempoh sebulan Dr. Mizan boleh mematikan gerakan mahasiswa pro-Pakatan Haram yang sudah bersarang di IIUM sejak di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka gila, kah?

 Saya sangat yakin bahawa sekiranya Najib mahu menghapuskan pengaruh Pakatan Haram di IIUM, sudah tentu ia melibatkan lebih ramai pihak dan memerlukan masa lebih dua tahun untuk mematikan nama “Anwar” di situ.

 Lagipun, semua orang tahu bahawa nama Anwar agak kuat di IIUM ketika dia di dalam kerajaan dulu dan dia dipercayai sempat meletakkan orang-orangnya di universiti tersebut sebagai percaturan menaikkan imejnya sebagai “Pak Syiekh”. 

Justeru itu, adalah tidak logik sama sekali untuk budak-budak hingusan di IIUM itu meletakkan tarik 7 Ogos 2012 lalu untuk memfitnah Najib, Timbalan Rektor HEP dan nama baik UMNO di mata rakyat Malaysia, khususnya para mahasiswa.

 Pada saya, sekiranya Anwar terdesak sekalipun mahu “anak-anak ikan”nya menang pada pilihanraya kampus di IIUM kali ini, dia sepatutnya menggunakan strategi yang lebih mantap dan lebih logik supaya tidak dapat dipertikaikan sebegini mudah.

 Saya percaya, isu surat lantikan palsu yang didedahkan para pencacai muda Pakatan Haram di IIUM itu akan memakan diri sendiri dan berkemungkinan akan menyebabkan kekalahan yang lebih besar terhadap gerakan Pro-M.

 Persoalannya, tidak malukah budak-budak hingusan yang kononnya terpelajar di universiti itu menggunakan taktik kotor untuk menang pilihanraya kampus dan memalukan diri sendiri di khalayak rakyat Malaysia?

 Saya berpendapat, hanya mahasiswa yang bodoh dan berotak kelas terbawah saja yang akan terpengaruh dengan dakwaan tidak masuk akal tersebut. Namun yang berakal dan berpandukan Islam sudah pasti akan terpelihara dari fitnah “dajal” itu…- MYKMU

Komentar KP : Bibit-bibit  fitnah menjelang pilihanraya kampus di UIAM,minta WUFI dan Buletin UIAM jangan bebal sangat dengan fitnah bodoh seperti ini

Pemuda UMNO dan PAS Bersatu Kecam Kenyataan Biadap Ngeh Koo Ham


HAH ALAM – Pemuda Umno dan Pemuda Pas bersatu suara membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara sinis persoalkan perhimpunan besar-besaran umat Islam membantah filem Innocence of Muslims, Jumaat ini sebagai buang masa dan tenaga.

 Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menunjukkan beliau sangat tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan juga kedudukan Rasulullah SAW dalam Islam. "Ini amat malang sekali.

Dia rakyat Malaysia tetapi masih tidak faham perkara asas dalam Islam dan juga sensitiviti orang Islam.," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu Muslim.

 "Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya. Menurutnya, berhimpun bantah filem itu adalah usaha kecil dibuat bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perbuatan biadap itu.

 "Saya nak ajak semua ahli Pas hadir di kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini," katanya.

 Perhimpunan sama juga akan dianjurkan Pemuda Umno pada hari yang sama, yang mendorong Koo Ham mempersoalkan dalam Twitternya: (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?)


Tuesday, September 18, 2012

Ngeh Koo Ham Cuba Cari Pasal,Tidak Hormat Sensitiviti Umat Islam

Chauvanist DAP cuba bermain api lagi
SHAH ALAM – “Kami Pemuda Umno dah biasa dengan sikap DAP yang tidak menghormati perasaan umat Islam.” Demikian reaksi Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin mengulas mesej Twitter Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham kelmarin mengenai perhimpunan yang bakal diadakan Jumaat ini.

 Kata Khairy, “Jelas tweet Ngeh menunjukkan bahawa beliau dan DAP keseluruhannya amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan membuktikan bahawa mereka tidak memahami langusung perasaan umat dan juga kedudukan Nabi (Muhammad) SAW dalam Islam.

” Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

“Saya harap Pas sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu,” kata beliau lagi. 

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, “Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?”


Komentar KP : Ngeh cuba lagi memberi bola tanggung untuk disepak ke mukanya dengan kenyataan yang KP rasa agak bodoh dan tak pernah fikir akan sensitiviti umat islam yang merupakan majoriti rakyat di  Malaysia.Tak tahulah kalau-kalau dia rasa PAS takkan berani kecam dia disebabkan kenyataannya.

Jelas,cara pemimpin DAP ini sangat tidak menghormati kedudukan Sayyiduna Rasulullah S.A.W dalam agama Islam yang menjadi Nabi bagi umat akhir zaman. Protes yang dikatakannya membuang masa itu sebagai tanda bantahan oleh Umat Islam di Malaysia terhadap penerbitan filem yang menghina Nabi Muhamad S.A.W dan juga tanda kecintaan dan keprihatinan umat Islam terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Kenapa Ngeh tidak kata demonstrasi BERSIH,LYNAS dan lain-lain demonstrasi sebagai membuang masa?? Kenapa bila demonstrasi dan protes yang membabitkan penyatuan umat Islam terutamannya PAS dan UMNO dikatakannya membuang masa ?? Sebabnya DAP tidak akan senang jika PAS dan UMNO bersatu atas nama Islam kerana ini akan membuatkan cita-cita mereka nak memporak -perandakan negara akan lenyap.Beginilah sikap non-muslim yang chauvanist ,tidak mempunyai langsung pengetahuan asas tentang Islam walaupun hidup dalam kalangan umat Islam. 

Musim Pilihanraya Kampus Sudah Bermula !!

Risalah-risalah propaganda sudah mula tersebar di UIAM-gambar hiasan
(sumber FB)
Calon Pro-Aspirasi diramal akan mencatat kemenangan besar pada pilihan raya kampus di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 25 September ini.

 Menurut seorang pemerhati politik kampus, keyakinan itu dapat dilihat berdasarkan sokongan yang diberikan terhadap kumpulan terbabit di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Di UniMAP, pertandingan melibatkan sesama calon Pro-Aspirasi manakala kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) hanya menghantar seorang calon di UniSZA.

Calon Pro-Aspirasi turut menang enam kerusi pada sesi penamaan calon di UTHM. Sebanyak lima universiti iaitu UniMAP, UniSZA, UTHM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis ini. Kelima-lima IPTA ini sudah buat penamaan calon.

Kini calon yang akan bertanding tengah sibuk dengan kempen masing-masing. Sementara itu, 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya pada Selasa minggu depan.

 Antaranya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

 Persaingan sengit antara kedua-dua kumpulan dijangka berlaku di UIA dan UM. Kini bahang pilihan raya kampus di beberapa universiti utama di sekitar Lembah Klang, mula tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

 Sekarang kumpulan Pro-Aspirasi dan pro-M sudah mula berkempen. Saingan antara kedua-dua kumpulan di sekitar Lembah Klang dijangka sengit. Namun, ramai yang yakin 100% Pro-Aspirasi akan berjaya mengekalkan dominasi pada pilihan raya kampus kali ini.

Sunday, September 16, 2012

Suspek Pijak Gambar Nik Aziz ,Guan Eng Ditahan


KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

 Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

 "Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. "Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

 Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.

 "Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara. "Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama


Suspek yang ini tak mahu tahan ka Dato' Hishamuddin ?? Bukan main menonggeng lagi tue...


Friday, September 14, 2012

Kecaman Terhadap Penerbitan Filem Yang Menghina Rasulullah S.A.W


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslim oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.

 Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama.

Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas.

Oleh itu, dalam Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslim, kami juga menyelar tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya. Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana.

 Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri. Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan.

Komentar KP : KP mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem yang sangat tidak mencermin penghormatan buat agama Islam dan paling buruk dengan menghina Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W dengan pelbagai penipuan keperibadian mulia junjungan besar nabi kita.Rujuklah kitab-kitab thurath ulama untuk mengenali kemuliaan peribadi Nabi Muhammad seperti kitab Syamail Muhammadiyah dan sebagainya.Ayuh,bangunlah wahai saudara seislamku ,tidak kira warna kulit,perbezaan politik dan sebagainya,nyatakan bantahan anda,jangan biar islam dihina sedemikian rupa terutamannya manusia yang paling mulia disisi Allah S.W.T iaitu Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W

Tuesday, September 11, 2012

Lagi Demonstrasi Untuk Guan Eng Jika Tidak Selesaikan Isu Peniaga Kecil


GEORGETOWN - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) memberi tempoh seminggu dari hari ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu berkaitan peniaga kecil Padang Kota Lama yang berlarutan sejak setahun lepas

. Presidennya, Mohd Ridzuan berkata, isu itu perlu penyelesaian segera memandangkan peniaga kecil di situ tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain menjalankan perniagaan yang telah diusahakan sejak lebih 10 tahun di Padang Kota Lama.

 "Sekiranya isu ini gagal diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, kami semua akan membuat demostrasi di hadapan pejabat ketua menteri... masalah ini perlu diselesaikan segera kerana semua peniaga ini sudah beberapa bulan tidak boleh berniaga kerana kawalan ketat pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian bagi mewakili sekumpulan peniaga kecil Padang Kota Lama yang tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan susulan tindakan MPPP yang setiap hari melakukan rondaan di kawasan itu dan merampas barang perniagaan mereka.

 "Isu yang timbul ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya dia (Lim Guan Eng) mahu selesaikannya tetapi sengaja dilengah-lengahkan," dakwanya. Mengenai dakwaan kononnya aduan mengenai peniaga kecil Padang Kota Lama telah menjejaskan perniagaan peniaga di Kompleks Makanan Medan Renong, Mohd Ridzuan berkata:

"Wakil mereka sendiri telah bersetuju untuk memberi sokongan kepada peniaga kecil ini." "Saya telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengannya pada bulan puasa lepas, tetapi tak tahulah sekiranya dia telah memutarbelitkan kenyataan yang dibuat," katanya. Sementara itu, M. Balakrishnan, 54, yang menyediakan perkhidmatan urut refleksologi sejak 14 tahun lepas berkata MPPP tidak mempunyai alasan kukuh menghalang mereka daripada berniaga di kawasan itu. 

"Mereka hanya beritahu bahawa kami tidak mempunyai lesen, apabila kami mohon lesen mereka tidak beri, sudah beberapa kali kami mohon tetapi masih gagal," katanya. - Bernama

Mahfuz tuduh tanpa bukti isu dibaling kasut - Perkasa



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kota Setar mendesak agar Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar memohon maaf secara terbuka kerana melemparkan fitnah terhadap pertubuhan berkenaan.

 Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, pihaknya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini pada pukul 11 malam ini bagi membolehkan polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap tuduhan palsu oleh Mahfuz.

 "Mahfuz dalam kenyataannya kepada akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Sinar Harian telah menuduh tanpa bukti bahawa ahli-ahli Perkasa telah membaling kasut di dalam Masjid Al-Hussin, Pumpong Alor Setar. "Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah itu yang bertujuan mencemar nama baik dan menjatuhkan reputasi Perkasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UTUSAN-

Sunday, September 9, 2012

Gambar Dan Video Bodyguard Anwar Ibrahim Menggila,Acukan Pistol Kepada Orang Awam


Anwar melawat Jasin Melaks semalam pada lebih kurang pukul 4 belah petang. Ketika itu kumpulan 50 orang Belia 4B telah berdemo menghalau Anwar datang.

Mereka memaparkan banner "Jangan cemarkan minda rakyat kampung kami", "Pengamal LGBT diharam masuk Kampung Rim", "Hey Anwar Juburi sini bukan telawin," dan "Anwar Pandikutty"

Di hadapan hadirin seramai 200 orang, seorang lelaki Melayu yang dipercayai bodyguard bernama Marizal bin Zahid telah mengeluarkan dan menunjukkan pistol ke arah kumpulan belia 4B tersebut.-the unspinners

Video boleh ditonton di sini -> Klik Sini

Komentar KP : Beginikah SOP yg ditentukan oleh Anwar,sangat tidak mesra rakyat betul,macam ini kah bakal PM Malaysia ?? Acukan pistol kepada rakyat,tapi bila mengundi rayu sokongan daripada rakyat juga.

Masa Depan Politik Nasharuddin Mat Isa Dalam PAS Diketahui Malam Ini


SHAH ALAM – Masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu bakal ditentukan dalam Majlis Syura Ulama Pas yang dijangka membuat keputusan mengenainya malam ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada mesyuarat berkenaan dan enggan mengulas sama ada Ahli Parlimen Bachok itu akan kekal atau tidak dalam Pas.

 Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu hanya akan menghadiri mesyuarat berkenaan jika keadaan kesihatan beliau mengizinkan. “Tunggu esok (malam ini) memang ada (perbincangan mengenai Nasharudin).

Pagi mesyuarat agung dan petang ada jamuan raya. Kita tengok mesyuarat esok macam mana. “Dia (Nasharudin) manusia. Apa dok bising sedangkan orang lain pun manusia biasa juga. Dia manusia biasa, malah dia bertanding tiga penjuru pun kalah,” katanya pada majlis Himpunan Pendidik Islam 2012 bertemakan ‘Pendidik Menjana Kebijaksanaan’ yang dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali di sini, semalam.

 Nasharudin sebelum ini mencetuskan kontroversi menerusi kenyataannya yang mahu Pas meninggalkan Pakatan Rakyat selain melabelkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai anti-Islam berikutan pendirian Karpal yang menolak pelaksanaan hudud. Keadaan menjadi lebih hangat apabila Karpal bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Nasharudin.

 Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dianugerahkan Tokoh Pendidik Nusantara oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (Pendidik) Malaysia selaku penganjur program dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dan Mappis.

 Ketika ucaptama beliau, Nik Abdul Aziz mengingatkan umat Islam agar mengiktiraf dan memartabatkan ibu bapa sebagai pendidik utama. Ini, katanya, kerana anak yang lahir ke dunia seperti kain putih dan ibu bapa adalah insan pertama yang memberi bimbingan, tunjuk ajar dan didikan sebelum diambil alih guru mereka.

 Pada majlis berkenaan, beliau kelihatan sedikit uzur dan dipapah salah seorang pegawai pengiring.

Friday, September 7, 2012

Ammar Minta Blogger Jangan Burukkannya Lagi, Sudah Insaf dan Bertaubat !!


Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian. "Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini. Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

 "Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini. Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

 “Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya. Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

 "Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya. Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak. "Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri.


Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya. Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.

 “Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar. Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.

"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai. “Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.

Komentar KP : Insaf insaf la juga,hukuman undang-undang tetap takkan terlepas..tiada kompromi

Pengakuan Bekas Aktivis PAS : Golongan Ulama' Kian Tertolak Daripada PAS


Ustaz Hj Taharuddin Yaakob,bekas aktivis PAS sejak zaman bekas Presiden PAS Allahyarham Dato' Asri Muda dan pernah menjadi Exco PAS Pahang membuat pengakuan berkenaan pergolakan PAS kini yang mana dilihat cuba menolak golongan pro ulama dan antara yang menjadi mangsanya ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Dia mempersoal kenapa PAS menolak Ustaz Nasa dan mengambil Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS sedangkan Mat Sabu bukannya ulama' ,sama seperti Mahfuz juga katanya yang juga bukannya berlatar belakangkan pendidikan agama.Dulunya,PAS menolak Allahyarham Dato' Asri Muda sebagai Presiden kerana kononnya berkehendak orang ulama untuk menerajui PAS,tapi kini PAS kembali menolak ulama'

Beliau juga mengatakan bahawa PAS kini dalam dilema untuk membuat keputusan terhadap Ustaz Nasa yang mana ibarat "ditelan mati emak,diluah mati bapa" .Sebarang keputusan yang buruk terhadap Ustaz Nasa akan membuatkan PAS hilang sokongan daripada penyokongnya seperti mana PAS sudah terkesan dengan pemecatan Dato' Dr. Hassan Ali daripada PAS.

Ikuti komen beliau dalam video dibawah :-

Sumber vid: Minaq jinggo

Thursday, September 6, 2012

PM @NajibRazak Berjiwa Rakyat ,Sedia Bertemu Dan Maafkan Ayah Pelajar " Tayang Punggung"


BESUT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia menerima permohonan maaf daripada ayah kepada seorang remaja yang dikaitkan dengan insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lepas. 

"Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut.

 Media hari ini melaporkan permohonan maaf ayah kepada seorang pelajar lelaki kolej swasta yang menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam kejadian itu. Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi. Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

 Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

 Sebelum itu dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri dalam menyentuh tindakan tidak bertamadun sekumpulan peserta perhimpunan "Janji Demokrasi" dengan memijak gambar pemimpin serta menunjukkan punggung, berkata pemikiran seperti itu yang merosakkan perjuangan untuk membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

" Sebuah negara boleh merdeka, tetapi untuk membina sebuah negara bangsa mesti ada ikatannya, ada nilai-nilai utamanya dan mestilah bersandar kepada ideologi kebangsaan kita, iaitu Rukun Negara.

 "Tetapi bila baru-baru ini pada sambutan Hari Merdeka yang ditaja pembangkang, di mana letaknya nilai seseorang itu apabila gambar pemimpin dipijak, seluar dilondehkan, di mana nilai seseorang itu apabila bendera kita mahu ditukar kepada bendera Sang Saka yang baru.

 "Kalau inilah caranya, Raja tidak dihormati, Perlembagaan tidak dijulang, undang-undang tidak dipedulikan, apa akan jadi pada masa depan," tegasnya. Perdana Menteri juga menegaskan pilihan raya umum ke 13 tidak lama lagi disifatkan "bukan sebarang pilihan raya" kerana ia bakal menentukan masa depan negara ini.

 Sebelum itu dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri dalam menyentuh tindakan tidak bertamadun sekumpulan peserta perhimpunan "Janji Demokrasi" dengan memijak gambar pemimpin serta menunjukkan punggung, berkata pemikiran seperti itu yang merosakkan perjuangan untuk membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

 "Sebuah negara boleh merdeka, tetapi untuk membina sebuah negara bangsa mesti ada ikatannya, ada nilai-nilai utamanya dan mestilah bersandar kepada ideologi kebangsaan kita, iaitu Rukun Negara.

 "Tetapi bila baru-baru ini pada sambutan Hari Merdeka yang ditaja pembangkang, di mana letaknya nilai seseorang itu apabila gambar pemimpin dipijak, seluar dilondehkan, di mana nilai seseorang itu apabila bendera kita mahu ditukar kepada bendera Sang Saka yang baru.

 "Kalau inilah caranya, Raja tidak dihormati, Perlembagaan tidak dijulang, undang-undang tidak dipedulikan, apa akan jadi pada masa depan," tegasnya. Perdana Menteri juga menegaskan pilihan raya umum ke 13 tidak lama lagi disifatkan "bukan sebarang pilihan raya" kerana ia bakal menentukan masa depan negara ini. - Bernama

Komentar KP : Disebabkan anak yang memalukan maruah keluarga,ayahnya sanggup tebalkan muka bertemu PM untuk meminta maaf.Sahlah ini bukan didikan oleh ayah dan maknya ,bahkan ini merupakan dakyah kebencian oleh pembangkang yang sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat dengan menanamkan bibit-bibit kebencian dalam kalangan anak muda.

Sunday, September 2, 2012

Tuanku Sultan Selangor Persoal Tindakan Khalid Ibrahim Jemput Anwar


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberikan ucapan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri, Khamis lalu, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

 Beliau berkata, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku memandangkan program tersebut adalah program rasmi Kerajaan Negeri. “Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik, mengapa dalam program sedemikian, Anwar, yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri menjadi tetamu kehormat.

Ketua Umum PKR itu juga tidak memegang sebarang portfolio rasmi, kecuali sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang dilantik. “Kebiasaannya, kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi Kerajaan Negeri, Menteri Besar ganti tempat baginda untuk beri ucapan dan sebagainya. Tetapi, mengapa Anwar dijemput dan berucap kali ini, sedang ini program rasmi, bukan program politik?” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Mohamad Munir, pada Khamis lalu, dilaporkan memberitahu, Sultan Selangor tidak dimaklum untuk mencemar duli turut merayakan sambutan kemerdekaan peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini. Tuanku hanya dijemput berangkat ke majlis tahlil dan bacaan Yasin yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kelmarin.

 Menurutnya, sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri perlu memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin selaku ketua negeri sebarang program atau majlis rasmi seperti kebiasaannya. Mohamad Munir berkata, kehadiran Anwar pada program tersebut juga dibimbangi akan menimbulkan pelbagai persepsi tidak baik dalam kalangan rakyat.

 "Mungkin rakyat tertanya-tanya, mengapa program rasmi sebegitu, Sultan tidak hadir, sebalik Anwar yang menjadi tetamu kehormat dan tampil berucap di pentas," katanya. Sementara itu, pada program berasingan di Galeri Shah Alam di sini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya berhubung isu tersebut, menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk memberi penjelasan.

 Beliau berkata, sejak 2007 program merayakan ambang kemerdekaan bukan melalui Pejabat Menteri Besar tetapi melalui Pejabat SUK. Katanya, terdapat satu jawatankuasa khas dari Pejabat SUK di mana Pejabat Menteri Besar diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan bagi menyempurnakan program tersebut.

 “Saya tidak sangsi bahawa mereka buat perkara ini dengan betul dan tertib. Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang kemerdekaan ini dibuat pegawai kerajaan yang melaksanakannya sejak beberapa tahun lalu. “Saya sudah merayakan kemerdekaan masuk kali keempat, dan semuanya dilakukan pejabat SUK.

Saya tidak nampak ada perbezaan yang berlaku. Saya ingat penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK,” katanya. Abdul Khalid berkata, penjelasan dan makluman mengenai apa juga perancangan atau program Kerajaan Negeri sentiasa dimaklumkan kepada Sultan Sharafuddin dalam pertemuan mereka pada setiap Rabu.-SH

Komentar KP: Khalid Ibrahim sudah terjerat dengan jerat sendiri..bodoh sangat sampai jemput Anwar sebagai tetamu kehormat sama taraf macam dia Sultan..Beginikah sikap Kerajaan Negeri yang suka membelakangkan Sultan dalam acara rasmi kerajaan negeri ?? Ini baru sambutan peringkat kerajaan negeri,kalau persekutuan macam mna...Ini bukan sambutan politik tetapi negara ...Khalid masih tak boleh bezakan ka??Sedih ada Menteri Besar macam ini !!!

Pertemuan Nasha Dengan Fathul Bari,Pemimpin PAS Panas Punggung ??


Ziarah sesama Islam sangatlah dianjurkan untuk mengeratkan silaturrahim sesama umat dan perkara ini sangat dituntut di dalam Islam tidak mengira parti mahupun bangsa.Justeru,ziarah oleh kumpulam Ulama Muda UMNO terhadap Ustaz Nasharudin Mat Isa merupakan satu titik tolak untuk memulakan   rencana untuk umat Islam bersatu atas nama Islam dan Melayu

Selepas kontroversi Ustaz Nasha bergambar dengan PM bersama-sama ulama di Mekah tempoh hari yang mana telah memberi tamparan kepada orang-orang PAS .Kini ,pertemuan Ustaz Nasha dengan Ulama Muda UMNO akan lagi menambahkan kerunsingan dan kebencian parasit dan erdogan di dalam PAS yang sememang sangat memusuhi Ust Nasha.


Kata Ustaz Nasha : Umat Islam di Malaysia Mesti Bersatu

Budak Tayang Punggung Pada Gambar Najib Dikenalpasti



Setelah sekian lama menunggu identiti pelaku adegan lucah di Dataran Merdeka,blogger Gossip Rakyat telah mendedahkan wajah sebenar pelaku terbabit.Nampak macam budak melayu dan dengan ini KP menarik balik artikel sebelum ini dengan tersiarnya identiti insan ini.Ingatkan anak cina rupanya pengkhianat Melayu yang buat....Memalukan anak bangsa sahaja.

Dengan pendedahan ini diharap Menteri KDN dapat ambil tindakan sewajarnya dan jangan setakat beri amaran sahaja.Tunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sangat tegas dengan anasir-anasir busuk seperti ini yang memalukan negara di malam ambang sambutan kemerdekaan negara yang ke-55

Baca lagi berkenaan identiti lelaki ini di gossip rakyat



Tidak Jemput Sultan: Khalid Salahkan SUK Selangor


MB Selangor Khalid Ibrahim berdolak-dalik dalam isu jemputan kepada Tuanku Sultan sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor 2012. Khalid cuba meletakkan beban kepada pejabat SUK Selangor, dengan mengatakan soal penganjuran dan protokol adalah dibawah pejabat berkenaan tanpa penglibatan politik.

 Saya tidak fikir unit protokol begitu tidak cerdik untuk membuat keputusan tidak menjemput Sultan. Pastinya, awal-awal lagi pejabat SUK telah dimaklumkan oleh pejabat MB bahawa Anwar Ibrahim yang hanya berjawatan Penasihat Ekonomi Negeri MESTI diberikan berucap dalam majlis berkenaan.

Khalid juga cuba memberi alasan bahawa semenjak 2007, Tuanku Sultan tidak dijemput ke sambutan ambang merdeka. Namun, kenyataan Khalid ini boleh dipertikaikan. Ambang merdeka dan perbarisan hari kemerdekaan adalah dua acara yang berbeza. Sultan mungkin tidak hadir majlis ambang merdeka, tetapi akan membalas tabik hormat perbarisan dalam perarakan kemerdekaan.

 Berbalik kepada sambutan kemerdeaan di Shah Alam pada tahun ini, jelas bahawa ia dilaksanakan dalam bentuk 2 dalam 1, iaitu ambang merdeka dan perarakan merdeka secara serentak. 

Persoalannya, apakah SUK Selangor dengan secara sengaja mengaturkan Anwar akan membalas tabik hormat perarakan perbarisan dan seterusnya berucap dalam majlis berkenaan?

 Jawapannya tentulah tidak. Hal ini berlaku kerana campurtangan pejabat MB yang bukan terlatih mengendali protokol negeri, tetapi mahir mengendali protokol PKR. Justeru itu, tidak hairanlah rakyat Selangor telah melafazkan ikrar rukunegara di hadapan Anwar dan seterusnya De Facto PKR itu 'berlagak' seperti Sultan, gara-gara kehendak pejabat MB Selangor.-Tok Guru.



Komentar KP : Selepas kenyataan biadap dan lupa diri Khalid Ibrahim terhadap Sultan Selangor dengan menetapkan bahawa Sultan Selangor tidak akan dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan,Khalid Ibrahim kemudiannya menyalahkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang tidak menjemput Sultan Selangor padahal Khalid sudah awal-awal lagi menjemput Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dalam majlis itu dan diberi hak untuk berucap.

Sehinggakan Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor sendiri berkata sebagai pemimpin rasmi,Sultan Sharifuddin sepatutnya dimaklumkan berkenaan aturcara rasmi kerajaan negeri.Sangat memalukan kerana Khalid Ibrahim masih tidak faham protokol majlis rasmi kerajaan negeri sampaikan menjemput Ahli Parlimen Permatang Pauh sahaja untuk merasmikannya.

Nik Aziz Malu Rakyat Kelantan Simbah Cat Pada Bas Jelajah Anwar


KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa terhadap serangan ke atas bas sempena siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Beliau percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh kumpulan yang tidak tahu erti dosa dan pahala. “Ini perkara yang tidak bertanggungjawab, saya berasa malu kerana ia berlaku di Kelantan,”kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Pas Kota Bharu di sini, pagi ini.

 Terdahulu Nik Aziz melawat tempat kejadian di perkarangan Siti Khadijah Kota Bharu. Semalam, Nik Aziz bersama Anwar menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa.

Komentar KP : Ketibaan Bas Jelajah Anwar di negeri Kelantan telah disambut dengan simbahan cat merah tanda kemarahan terhadap PR.Tetapi,di satu sudut yang lain bila difikirkan balik insiden ini belaku sejurus isu bendera dan tayang bontot berkumandang di laman sosial dan blog.Adakah PKR cuba coverline dengan menggunakan isu ini ??

Yang peliknya,Nik Aziz tidak malu dan kecewa dengan insiden tayang bontot dan tukar bendera negara.Tidak ada statement yang dibuat kerana isu terbabit sedangkan jika isu sensitif seperti ini dibuat oleh orang UMNO/BN ,beliau lah diantara orang yg mula-mula akan bercakap.