Tuesday, September 18, 2012

Musim Pilihanraya Kampus Sudah Bermula !!

Risalah-risalah propaganda sudah mula tersebar di UIAM-gambar hiasan
(sumber FB)
Calon Pro-Aspirasi diramal akan mencatat kemenangan besar pada pilihan raya kampus di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 25 September ini.

 Menurut seorang pemerhati politik kampus, keyakinan itu dapat dilihat berdasarkan sokongan yang diberikan terhadap kumpulan terbabit di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Di UniMAP, pertandingan melibatkan sesama calon Pro-Aspirasi manakala kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) hanya menghantar seorang calon di UniSZA.

Calon Pro-Aspirasi turut menang enam kerusi pada sesi penamaan calon di UTHM. Sebanyak lima universiti iaitu UniMAP, UniSZA, UTHM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis ini. Kelima-lima IPTA ini sudah buat penamaan calon.

Kini calon yang akan bertanding tengah sibuk dengan kempen masing-masing. Sementara itu, 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya pada Selasa minggu depan.

 Antaranya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

 Persaingan sengit antara kedua-dua kumpulan dijangka berlaku di UIA dan UM. Kini bahang pilihan raya kampus di beberapa universiti utama di sekitar Lembah Klang, mula tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

 Sekarang kumpulan Pro-Aspirasi dan pro-M sudah mula berkempen. Saingan antara kedua-dua kumpulan di sekitar Lembah Klang dijangka sengit. Namun, ramai yang yakin 100% Pro-Aspirasi akan berjaya mengekalkan dominasi pada pilihan raya kampus kali ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.