Bekas Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Hashim menganggap parti yang pernah disertainya sebagai 'pengkhianat' kepada orang Melayu dan agama Islam.
Sambil membidas pemimpin utama PKR, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang menggunakan kedudukan demi kepentingan diri, beliau mengakui dirinya dan lain-lain pemimpin telah diperkudakan ketua pembangkang itu.

"Bukan saya seorang yang diperkudakan. Pada masa dalam Umno, Perdana Menteri hari ini pun dia perkudakan oleh Anwar Ibrahim...
"Jadi isu perkuda ini tak jadi masalah sebab bagi saya, Perdana Menteri hari ini, Timbalan Perdana Menteri hari ini, semua pemimpin Umno yang ada hari ini pun, pernah dan telahpun diperkudakan oleh Anwar Ibrahim termasuk Tun Dr Mahathir (Mohamad)," katanya.
Bercakap dalam program "Menongkah Arus" terbitanAntarapos baru-baru ini, Zahrain memberi beberapa contoh bukti PKR sebenarnya 'pengkhianat' kepada orang Melayu dan agama Islam.
"Sebab dalam Pakatan Rakyat, tunjangnya bukan PAS dan PKR... (tapi) DAP. Dan perjuangan DAP ni lain. Pembawaan mereka, bagi saya, bukan hormat tentang kedudukan perlembagaan, tentang isu apa yang telah dipersetujui... mereka tak terima semua ni.
"Anwar dia peduli apa? Dia boleh sokong orang yang kritik Islam... Dia boleh kata orang Islam dah jadi tak boleh fikir, sewel... yang itu pun dia boleh cakap. Dia ingat dia cakap di luar negara, kita di sini tak tahu...
"Tapi depan PAS dia cakap tentang agama... hebat berkhutbah dan sebagainya... Bagi saya Anwar Ibrahim seorang yang hipokrit," katanya dengan kesal.
Tak guna kawan dengan pengkhianat
Sambil menjelaskan bahawa beliau tidak lagi sanggup berjuang bersama Anwar, yang suatu ketika sebegitu rapat dengannya apabila mendapati Ketua Umum PKR itu 'menderhaka' terhadap agama, bangsa dan negara.
"Bagi saya, kalau kawan sudah berbeza dari segi perjuangan dan pemikiran politik, kita masih boleh kawan...
"Tapi kalau kawan tu dah jadi pengkhianat, kalau kawan tu dah jadi derhaka sampai ke peringkat penderhakaan kepada agama, bangsa dan negara... yang tu saya tak sanggup berkawan.
"Tak guna berkawan (dengan orang seperti itu)... Kenapa saya perlu bersekongkol dengan mereka ini?" soalnya.
Sehubungan itu, Zahrain mengajak ahli-ahli PKR, khususnya rakan-rakan seperjuangannya supaya segera meninggalkan parti itu.
"Dalam hal ini saya nak pesan kepada kawan-kawan yang masih ada dalam PKR agar cepat-cepatlah kenal kesilapan yang ada. Duduk dan fikir dengan waras," katanya.
Saya tidak dibeli
Diasak sama ada keputusannya meninggalkan Anwar dan PKR kerana kecewa tidak mendapat projek ataupun seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak bahawa beliau dibeli oleh parti pemerintah, Zahrain berkata semua itu satu pembohongan besar dan fitnah.
Katanya jika benar beliau dibeli seperti yang didakwa, tidak ada sebab untuk dirinya bertindak mendedahkan kepincangan PKR seperti yang dilakukannya hari ini.
"Nak cakap saya dibeli (kalau), saya dah masuk Umno dah... Saya dah berdaulat.
"Saya nak tanya kepada mereka yang menuduh ni, kalau saya dibeli, adakah saya nak keluar dan hentam balik. Orang yang dibeli banyak keluar, ambil duit dan duduk diam-diam... betul tak?
"Kalau saya ambil duit, dapat projek apa semua, apa guna saya berjuang lagi?" soalnya lagi.
Menurut Zahrain, tujuan beliau meneruskan perjuangan hari ini kepada keyakinan bahawa terdapat pemimpin lain yang lebih baik daripada Anwar.
"Tapi hari ni saya menyeru kepada rakyat, kepada kawan-kawan, buka fikiran dan faham.. jangan ditipu... saya memperjuangkan bukan untuk Umno...
"Saya berjuang sebab kepercayaan yang ada pada saya (bahawa) ada pemimpin yang lebih baik daripada Anwar Ibrahim.
Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang keluar parti pada Februari 2010 selepas dikritik pemimpin parti itu disebabkan meluahkan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng.
Beliau melabelkan Guan Eng sebagai "diktator, chauvinis dan berotak komunis" selain mengamalkan pentadbiran kuku besi dengan tidak dapat menerima pandangan exco dan orang lain.
Beliau kini menjadi ahli parlimen Bebas.

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.