Tuesday, December 4, 2012

2 Orang Bekas Perdana Menteri Dibelakang Najib Buatkan Anwar Semakin Ketakutan



Dalam ulasannya, DS Anwar Ibrahim berkata, bekas Perdana Menteri Mahathir "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan". Inilah sebenarnya ketakutan dan kerisauan Anwar menjelang PRU13. 

 Kata Anwar lagi "Saya tidak fikir Najib mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia perlu untuk memuaskan hati Dr. Mahathir,". Anwar cuba memperlekeh DS Najib tetapi Anwar gagal menyembunyikan ketakutannya kepada kehadiran Dr.Mahathir.

 Ketakutan Anwar diluahkan melalui kata-kata ini, "Kita tahu hakikat bahawa Mahathir telah memanggil pemimpin Umno dan pemimpin negeri sendiri". Anwar mengulangi apa yang pernah diamalkannya semasa Anwar berada di dalam UMNO dahulu,kata Anwar,

"Dr. Mahathir telah merayu atas sokongan mereka dan juga memberi mereka cadangan, jika mereka tidak berpuas hati dengan calon BN, menangi PRU dahulu dan kemudian kita jatuhkan pemimpin selepas PRU. " Anwar mendakwa bahawa hampir semua pemimpin Umno negeri telah dimaklumkan mengenai ini dan mengkritik Najib tidak mampu untuk mengawal Dr. Mahathir.

 "Najib tmempunyai keberanian yang sangat sedikit sebagai pemimpin. Dia tidak boleh berurusan dengan Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya terlibat dalam skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan, jadi saya tidak boleh bayangkan bagaimana dia boleh berurusan dengan Mahathir, "kata Anwar lagi.

 Anwar lupa, cara Najib adalah Sederhana,Kesederhanaan. Cara Dr.Mahathir tegas sesuailah dengan karakter Doktornya. Bagaimana pula cara Anwar?

 Anwar, yang merupakan TPM semasa tempoh Mahathir, telah dipecat pada tahun 1998 dari semua kerajaan dan jawatan parti.-My Massa

Komentar KP : Kehadiran 2 bekas PM pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini sebenarnya menunjukkan bahawa Najib tidak keseorangan dalam mengemudi bahtera UMNO dan sebenarnya kehadiran 2 tokoh negarawan ini menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi mereka terhadap pentadbiran negara oleh Najib.

Ini yang sebenarnya ditakuti oleh Anwar.Pelbagai lontaran persepsi dibuat oleh Anwar dan juak-juaknya kononnya Tun Mahathir membuat rancangan untuk menjatuhkan Najib dan sebagainya padahal perkara ini sangat tidak berasas langsung dan jika dilihat Najib kerap kali jugak bertemu dengan Tun Mahathir dan Pak lah.

Pengaruh kuat 2 orang tokoh itu yang sebenarnya ditakuti Anwar kerana mereka walaupun sudah bersara daripada dunia politik dan hanya menjadi penasihat kepada parti ,tapi pengaruh mereka terhadap rakyat masih ada tidak dapat dinafikan.Jadi,jika 2 orang tokoh ini senantiasa menyokong dan berada di belakang Najib,usaha Anwar untuk menang PRU-13 sangat lah sukar dan mustahil.Ditambah lagi dengan pelbagai isu yang timbul dek kerana kelemahan pemimpin -pemimpin pakatan pembangkang sendiri.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.