Wednesday, December 5, 2012

Anwar tentu malu pendedahan Ezam terbaru ini !




Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor berkata, beliau (Anwar) sepatutnya malu kerana perjuangan UMNO hari ini jauh lebih baik dari zamannya dahulu dan terlalu jauh lebih baik amalan demokrasi berbanding PKR yang mengamalkan demokrasi dan agih anak-beranak dan kroni.

 “Perhimpunan dan perjuangan UMNO hari ini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus kuasa seperti Anwar di dalam UMNO.

 “Semasa Perhimpunan Agung UMNO zamannya, Anwar gunakan perhimpunan untuk agenda peribadi, naikkan namanya dan membenam pemimpin-pemimpon lain. Malah beliau atur sendiri perwakilan mana yang perlu dipilih berucap dan mengarang isi ucapan untuk tujuan tersebut,” ujarnya yang juga merupakan mantan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim. 

Terdahulu, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mendakwa Perhimpunan Agung UMNO merupakan sebuah platform UMNO untuk mempertahankan kuasa dan menyerang pembangkang.

 Tambahnya, semasa beliau sebagai Setiausaha Politik, beliau sendiri yang diminta Anwar untuk mengatur agenda jahat beliau (Anwar).

Semua arahan tersebut merupakan arahan langsung daripada Anwar sendiri. Sehubungan itu, beliau menasihatkan Anwar agar menilai diri sendiri sebelum mengecam pihak lain.

 Katanya, pembangkanglah yang sebenarnya membuat fitnah melalui ceramah dan platform hingga di peringkat antarabangsa untuk memecah-belah kaum di Malaysia. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.