Sunday, December 16, 2012

Dinasti keluarga terus berkuasa dalam DAP




GEORGETOWN 15 Dis. - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP hari ini sekali lagi menyaksikan penguasaan dinasti keluarga dalam kepimpinan parti.

Seperti yang dijangka, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terus memperoleh sokongan kuat dengan meraih undi tertinggi iaitu 1,607 undi diikuti anaknya Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung parti dengan 1,576 undi.

Begitu juga Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh, yang memperoleh 1,411 undi dan anaknya, Gobind Singh Deo mendapat 1,197 undi. Seorang lagi anaknya, Jagdeep Singh Deo, bagaimanapun gagal menyertai barisan kepimpinan pusat apabila cuma meraih 227 undi.
Dua pemimpin DAP Perak iaitu Setiausaha dan Pengerusi yang merupakan saudara sepupu, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, masing-masing berjaya menganggotai jawatankuasa pusat itu apabila memperoleh 1,075 undi dan 824.
Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kula, yang memperoleh 984 undi, adalah satu-satunya pemimpin kaum India dalam barisan kepimpinan baharu bagi tempoh 2012-2015.


SENARAI 20 ANGGOTA JAWATANKUASA EKSEKUTIF PUSAT DAP
1. Lim Kit Siang
2. Lim Guan Eng
3. Karpal Singh
4. Chong Chieng Jen
5. Anthony Loke Siew Fook
6. Vincent Wu Him Ven
7. Tan Kok Wai
8. Gobind Singh Deo
9. Tony Pua Kiam Wee
10. Datuk Teng Chang Kim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M. Kula
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok Suh Sim
19. Teo Nie Ching
20. Ngeh Koo Ham
- BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.