Monday, December 24, 2012

Guan Eng Buat Hal !!! Gesa Kerajaan Benarkan Penggunaan Kalimah Allah Kepada Kristian


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

 Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

 "Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

" Akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada tahun 2009 berdepan dengan masalah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

 Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

 Penghakiman tersebut - yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya - kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.

 Sementara itu, Lim berkata, jika BN sebuan gabungan berprinsip, mesra rakyat, maka ia tidak harus mempolitikkan agama Kristian untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Komentar KP : Kurang ajar rupanya anak Kit Siang ini apabila masih cuba memainkan isu sensitif ini lagi . KP berharap para mufti,ulama dan seluruh asatizah terus mempertahankan kalimah yang suci ini bagi kita umat Islam .Jangankan kerana undi kita menjual kalimah Allah !!! Biar PAS menjualnya kerana undi orang kafir,kita umat Islam jangan pernah terdetik hendak bagi orang kafir gunakan kalimah Allah untuk agama mereka.Jika kita berikan ,bermakna kita setuju bahawa Islam itu setaraf dan sama sahaja seperti agama lain. 

Rujuk Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkenaan Isu Kalimah Allah  (klik sini)

3 comments:

  1. celaka punya guan eng.. pandai pulak kata "jika BN sebuah kerajaan berprinsip dan mesra rakyat.." hanya untuk membenarkan tindakannya ini. Kalau tidak, jangan harap la dia nak sebut BN ni berprinsip... ucapan hari krismas yang jijik, macam juga ucapan hari easter yang dia buat dulu..

    ReplyDelete
  2. kalipah berkulop sedang testing pendirian al-hardy de tukang besi...serta...al-nikko de wooden sandal...celako celako celako

    ReplyDelete
  3. Kata versi Bahasa Malaysia gunakanlah perkataan TUHAN. Allah tu kan perkataan Arab?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.