PDRM kini menjadi mangsa fitnah buruk pembangkang apabila cybertrooper pembangkang mengeluarkan berita fitnah dan pembohongan terhadap PDRM dengan mengaitkan UMNO/BN.
HarakahDaily antara media alternatif pembangkang yg pertama menyebarkan fitnah berkenaan.
Dengan membuka sebuah akaun FB palsu atas nama "Norhashimah Mohamad" yang kononnya merupakan anggota polis wanita PDRM yang sudah jelak dengan Barisan Nasional ,pembangkang terus memperdaya rakyat dengan berita berbaur fitnah sebegini,lihat bagaimana pembangkang menggunakan foto palsu milik seorang pengguna FB untuk kerja fitnah mereka,kisah ini telah dibongkar oleh blogger Harapan Esok untuk tatapan umum.(klik link)
Harakah mengambil berita ini tanpa menyelidik kesahihannya dan terus "copy paste" begitu sahaja,beginikah nilai berita politik dalam harakah??Patutlah penyokong-penyokong PAS kian hari sudah tak tahu beza yang mana betul dan salah kerana berita dalam akhbar rasmi PAS memang rendah nilai dan mutunya akibat pelbagai kisah fitnah dan pembohongan di dalamnya.
FB rekaan cybertrooper pembangkang yang mendakwa sebagai anggota Polis |
Berita fitnah "copy paste" yang dimuatkan dalam HarakahDaily |
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.