Sunday, December 2, 2012

Menteri Besar Dan Isteri Sapu Tanah Rakyat,Rakyat Hidup Merana ,Siapa Yang Zalim ??


Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Dato' Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

 Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

 Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut. 

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

 Dato’ Nik Aziz Nik Mat 
 - Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
 - Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

 Datin Tuan Sabariah
 - Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997 Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
 - Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

 Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim)
 - Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

 Adlina Abdul (anak Abdul Halim)
 - Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

 YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
 - Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

 YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
 - Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

 YB Omar Muhammad (ADUN Perupok) 
- Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

 YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
 - Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

 Penceramah Pas, Razak Abas
 - Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

 Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma. Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

 Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.

 Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.

 Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?-MyKMU.net

Komentar KP : Kasihan kepada peserta Ladang Rakyat ,terus ditipu oleh kerajaan Abu Nawas seperti Kerajaan PAS Kelantan ,rakyat semakin miskin,pemimpin PAS Kelantan semakin kaya raya dengan menipu rakyat...Siapa yang zalim sekarang???Doa adik Nik Aziz itu pasti akan kembali kepada PAS sendiri kerana kezaliman mereka kepada rakyat Kelantan

Jika benar dakwaan bahawa segelintir pegawai SPRM Kelantan cuba cover lini isu ini,wajar SPRM di peringkat pusat datang membuat pemantauan kerana isu penyelewengan tanah seperti  seharusnya dibanteras terutamanya dilakukan oleh pemimpin - pemimpin kerajaan negeri 

1 comment:

  1. Pemimpin yang bijak dlm mencari kesenagan hidup rakyat mesti byk berhutangkan??YE LA macam mana nak bagi rakyat makan kalau x berhutang...TAPI nak berhutang nnt kena tanggung risiko pulak...hutang dunia pun byk hutang akhirat?? allah saja yang tahu...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.