Sunday, December 16, 2012

Politik wang dalam DAP dah lama berlaku ...




Pengakuan DAP mengenai amalan politik wang mula membarah dalam parti itu bukan sesuatu perkara yang mengejutkan, kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus.

Menurut beliau, perkara ini tidak mustahil berlaku dalam parti komponen pembangkang itu apatah lagi umum sedia maklum mereka semakin tamak kuasa untuk memerintah negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Tambahnya, politik wang yang berlaku adalah berpunca daripada individu yang mahu dicalonkan sebagai wakil rakyat seterusnya dipilih sebagai pemimpin tertinggi parti.

"Perkara ini memang akan berlaku kerana mereka (DAP) terlampau yakin bahawa mereka akan memimpin beberapa negeri seterusnya negara.

"Sudah tentu mereka akan merebut untuk jadi calon, maka itu akan ada berlakunya politik wang.

"Oleh itu perebutan kerusi semalam nampak ketara kalau Ng Suee Lim sendiri berkata begitu maka kita (BN) sendiri tidak hairanlah," katanya ketika dihubungi wartawan Antarapos hari ini.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mengakui bahawa terdapat unsur-unsur politik wang sudah menular masuk parti itu dan mahukan proses pemilihan pemimpin untuk jawatan tertinggi dirombak.

Beliau seterusnya mendesak agar perlembagaan DAP dipinda bagi membolehkan perwakilan parti melantik terus jawatan-jawatan seperti Setiausaha Agung dan Setiausaha Kebangsaan parti.
 
Shukor yang juga ADUN Kuang turut menyifatkan pengakuan yang dibuat oleh ahli DAP itu sendiri jelas membuktikan bahawa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada Barisan Nasional (BN) selama ini demi menutup perbuatan terkutuk mereka.

"Apa yang dikatakan oleh ahli parti mereka (DAP) sendiri seperti Ng Suee Lim menggambarkan apa yang berlaku dalam DAP Selangor hari ini dalam menentukan kepimpinan mereka.

"Selama ini mereka menuding jari seolah perkara rasuah dan sebagainya dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), hari ini terbukti kerana mereka sendiri mengakuinya," ujar beliau.

Mengulas perkara yang sama, penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berpendapat DAP perlu bersikap demokratik dalam melaksanakan sistem pemilihan agar gejala negatif seperti politik wang ini dapat dicantas.

Perkara ini seperti mana yang dicadangkan Ng yang meminta perlembagaan DAP dipinda bagi membolehkan perwakilan parti melantik terus jawatan-jawatan seperti Setiausaha Agung dan Setiausaha Kebangsaan parti.

"DAP harus kaji sistem pemilihan parti, membenarkan anggota-anggota parti memilih secara langsung.

"Kita harus meminta mereka memperkenalkan sistem pengundian secara langsung," jelasnya.

Chandra selain itu menasihati pemimpin DAP agar lebih berwaspada dan bertindak segera menangani gejala ini sebelum menular menjadi lebih parah.

1 comment:

  1. adalah mustahil dap tak makan rasuah sbb dikelilingi taikun cina...siapa yg rasuah siapa..kalangan ahli dap yg banyak rasuah nak dpt projek kerajaan..sbb tu depa cakap kerajaan rasuah, sbb depa tukang hulur..jd dap ni lg kuat rasuah sbb hidup nampak timbunan duit je..cakap org rasuah, lks,lge, anwar bapak rasuah trhebat di malaysia...mengaku je le..bukan rakyat tak tahu..duit memang jd umpan bukan melayu utk gelapkan barua2 melayu yg mmbawa kerosakan kepada masyarakat.dah jelas nak nafikan lagi ke?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.