Friday, January 25, 2013

Dr. Hassan Ali : Syirik Jika Sokong Bukan Islam Guna Kalimah Allah


BUKIT MERTAJAM - Orang Islam yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk penganut agama lain sama ada dalam Bible versi Bahasa Melayu atau menggantikannya dengan nama tuhan dianggap perbuatan syirik.

 Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Hasan Ali berkata, ketetapan itu diputuskan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din sejak dua tahun lalu dan pendiriannya itu konsisten sehingga hari ini.

 Beliau berkata, sebagai seorang ulama dan pemimpin kanan atau orang nombor dua parti Islam itu, Haron membuat fatwa itu berdasarkan kajian mendalam dari pelbagai kitab dan kajian mendalam dari pelbagai sudut.

 "Jadi sepatutnya pemimpin dan ahli Pas lain akur dengan keputusan. Kenapa masih ada yang mahu mempertikaikannya kerana ia turut dipersertujui oleh Majlis Syura Pas. "Jadi saya serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian sendiri mengenai pendirian pemimpin tertentu dari Pas dan PKR yang masih enggan menerima keputusan itu," katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, hari ini. 

Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari lalu amat dikesalkannya walaupun Majlis Syura Pas menyatakan sebaliknya selepas itu.

 "Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara. 

"Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LBGT (lesbian, biseksual, gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia," katanya.

 Menurutnya, media luar sudah mengangkat Anwar sebagai "penghulu" untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenai sudah tersebar luar di merata tempat. 

Sehubungan itu, rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai ALLAH. 

"Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini. Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang. Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimopang jauh dari ajaran Islam," katanya.-Sinar Harian


Komentar KP : Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Dr. Hassan Ali dan ia senada pandangan yang konsisten Dato' Dr. Haron Din sejak 2 tahun dahulu yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di dalam bible atas beberapa sebab dan maslahah syarak.

Jadi ,siapa yang syirik jika ditafsirkan daripada pandangan Dr. Haron Din dan Dr. Hassan Ali ??KP tidak mahu melabelkan sesiapa tapi pembaca boleh tepuk dada tanya diri sendiri,pemimpin sebegitukah yang mahu dipilih untuk memimpin umat Islam di Malaysia sedangkan isu akidah yang utama sebegini pun boleh dibuat main tarik tali olehnya demi mileage undi piliharaya dari kelompok bukan Islam.

Jika hal yang bersangkutan dengan Islam,kita tidak boleh kompromi sewenang-wenangnya kerana ini melibatkan akidah dan kita seharusnya memandang berat isu ini.Melalui isu ini,kita diperlihatkan wajah-wajah ulama yang ikhlas dalam dakwah dan perjuangan Islam mereka walaupun wujud segelintir ulama yang terlalu bermudah dan tunduk kepada tekanan rakan parti sendiri demi menjaga hubungan baik sesama mereka dan untuk kepentingan politik kepartian mereka. 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.