GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).Beliau menyeru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas."Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas." - Bernama
Komentar KP : Nampaknya,Karpal Singh mendesak untuk PAS sekali lagi mengubah keputusan mereka berkenaan isu kalimah Allah agar selaras dengan keputusan bersama PR yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible berbahasa melayu sebelum ini. Nik Aziz sudah pun memberi gesaan kepada semua pimpinan PR agar akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membuat ketetapan larangan penggunaan kalimah Allah di dalam bible berbahasa melayu.
Kedegilan beberapa pemimpin PR sudah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak lagi menghormati keputusan PAS melalui keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Apalagi yang kita hendak harapkan daripada PR,isu kalimah Allah pun mereka bertelagah sesama sendiri dan tak hormati keputusan baik daripada PAS mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan.Jika pakatan sebegini hendak diberi mandat,rasanya tidak sampai 100 hari pentadbiran mereka sudah porak peranda negara dibuatnya.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Haji Hadi kena pikir. Nak jadi lalang atau tualang. Duduk saf PR kena ikut PR, duduk saf PAS, kena ikut PAS. Pengikut sudah poning......
ReplyDelete