Tuesday, January 22, 2013

Najib Lawat Gaza ,Tanda Sokongan Kepada Palestin


GAZA - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

 Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia). Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

 Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin. Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

 Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah. Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail.

 Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas. Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

 Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi. Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan. - Bernama

Liputan oleh media Palestin ketibaan Dato' Seri Najib di Sempadan Rafah,Gaza

Komentar KP : Tahniah Dato Seri Najib kerana menunjukkan komitmen penuh Malaysia untuk terus membantu Palestin dalam apa jua bentuk bantuan dan berdiri dibelakang perjuangan rakyat Palestin.Lawatan seperti ini sangat bermakna kerana ini tanda Malaysia akan sentiasa menyokong apa sahaja usaha Palestin untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman Israel.

Pasti pelbagai perkara yang dibincangkan Najib bersama PM Palestin ,Ismail Haniyeh berkenaan hubungan dua hala kedua-dua buah negara dan masa depan rakyat Pelestin.Tapi ,agak menyedihkan buat negara kita apabila ada pemimpin pembangkang yang sanggup mengeluarkan kenyataan menyokong segala usaha untuk keselamatan Israel.Beginikah reaksi yang sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang beragama Islam ??



Apa-apa pun,rakyat Malaysia tetap akan berdiri teguh dibelakang negara Palestin dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemimpin yang menyokong dan bersekongkol dengan Yahudi Israel

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.