Saturday, January 26, 2013

Nasharudin Mat Isa Digugurkan Keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama PAS ?? Apa Sudah Jadi !!


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya. 

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

 Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

 Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama

PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

3 comments:

  1. baik keluar pas saja masuk umno..hehe..2 dalam 1

    ReplyDelete
  2. Lebih baik tinggalkan pas, parti yang banyak memecahbelahkan masyarakat Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. jelas memperlihatkan bhw pas hnya mmpergunakan nama islamik majlis syura seolah2 majlis tersebut utk mengawal hal2 berkaitan dgn agama. tetapi hakikat sebenarnya, majlis tersebut dipergunakan untuk politik semata dgn berlapikkan agama.

    agama dijual utk keuntungan dunia smmngnya telah lama khabarkan oleh Nabi saw menerusi hadisnya.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.