Monday, January 28, 2013

Nasharudin Tabah Dipecat ,Tetap Teruskan Sumbangan Daulatkan Islam


"Terima kasih rakan-rakan saya. Saya menerima ratusan sma, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak.

 Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bikan pilihan saya. Jika parti ambil kembali jawatan itu, itu hak parti. Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam."

 -Nasharudin Mat Isa

Komentar KP : Inilah jawapan yang sebenar seorang pejuang islam,dia tidak mudah kecewa walaupun digugurkan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS,ibarat Khalid Al Walid yang digugurkan sebagai Ketua Panglima Perang Islam ketika masih berperang dan digantikan dengan Abu Ubaidah Al Jarrah ,Khalid tetap teruskan dirinya untuk berperang demi Islam walaupun sebagai tentera biasa, itulah gelora perjuangan sama yang harus Nasharudin tempuh demi untuk perjuangan mendaulatkan Islam.Bukan jawatan yang beliau kejar ,betul kata beliau "berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan".Inilah yang sebenarnya pemimpin yang wajar diangkat di dalam PAS,beliau sedar jawatan ,pangkat bukan segala-galanya ,tetapi perlu meletakkan prinsip perjuangan di atas sekali iaitu Islam.

Di dalam PAS kini,pemimpin mereka semakin terpesong jauh dan menuju kehancuran disebabkan cita-cita kuasa dan jawatan yang mereka kejar,tidak meletakkan perjuangan Islam sebagai utama.Sanggup tunduk kepada yang bukan Islam demi perjuangan kuasa politik sempit mereka.Bagi mereka,Islam itu hanyalah mainan pada nama sahaja dan perjuangan mereka tidak mencerminkan sebuah parti Islam yang benar-benar ikhlas mahu kepada Islam.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.