Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi membentak kenyataan Karpal Singh dan Azmin Ali yang mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama' PAS berkenaan isu kalimah Allah.Kenyataan Ustaz Nasruddin Tantawi ini diluahkan beliau melalui laman facebooknya yang menggesa supaya kedua-dua pemimpin PR tersebut untuk menghormati keputusan PAS dalam isu kalimah Allah dan mereka tidak ada hak authoriti untuk pertikai keputusan Majlis Syura Ulama' PAS.
Kesian PAS,makin hari sudah tidak lagi dihormati oleh pimpinan PR dan PAS sepatutnya berfikir sampai bila tahalluf siyasi yang PAS bentuk bersama mereka akan dicemari dengan tiada sikap kerjasama dan hormat menghormati sesama parti.Ini berbeza dengan BN yang mana UMNO sebagai tunjangnya dihormati dan disegani oleh rakan-rakan parti dalam tahalluf siyasi BN.Tetapi,PAS diperkotak-katik bagaikan bantal yang mudah disepak-sepak oleh Anwar dan Karpal Singh bila -bila masa sahaja.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.