“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.
Itu kekecewaan yang diluahkan ND Lala sebagai membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.
ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu
Komentar KP : Itu lah kata orang tua-tua dahulu,kalau hendakkan anak gadis orang ,kena ambil hati orang tuanya dahulu.Ini tidak main langgar je sampai mengaku sebagai bakal isteri sendiri walaupun tidak pernah dibawa berbincang bersama kedua-dua belah keluarga.Orang muda sekarang memang terlalu gopoh membuat keputusan tanpa memikirkan kesannya dibelakang hari yang bakal mereka hadapi
kalau dah bunting camana?nauzubillah .
ReplyDeletekalau tak bunting macam mana? Janganlah fkir yang buruk saja. Mauzubillah.
ReplyDelete