KUALA LUMPUR 18 Jan - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.
Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.
"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.
"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.(ReadMore)
Komentar KP : Pembangkang pasti akan terperanjat akan keberanian Datin Seri Rosmah Mansur bersumpah menafikan memiliki Cincin yang bernilai jutaan ringgit tersebut.Jadi,dengan ini terjawab lah sudah fitnah busuk pembangkang yang dipelopori oleh Chegu Bard yang sanggup membazir wang ringgit dan masanya menjelajah ke seluruh Malaysia suatu ketika dahulu ,sebarkan fitnah tersebut yang kononnya cincin bernilai jutaan ringgit itu milik isteri PM.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.