Saturday, January 19, 2013

Puad Zarkashi Minta Polis Siasat Kes Bible Diedar di Sekolah


TUMPAT - Kementerian Pelajaran hari ini meminta polis menyiasat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan bible berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

 Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan masyarakat.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Wang Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan, di sini.

 Hadir sama, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Abdul Aziz Abdullah. Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik dakwaan Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail bahawa dua lelaki mengedar Bible kepada pelajar beragama Islam di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dua hari lepas.

 Sementara itu, beliau meminta DAP menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat ketelusan dalam pemilihan jawatankuasa pusat parti itu. - Bernama



Komentar KP : Dakwaan Dr. Puad Zarkashi sebelum ini berkenaan bahawa bible telah dicetakkan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik terbukti berasas dengan kes penyebaran bible ini disebuah sekolah di P.Pinang.Diharapkan polis boleh mengheret semua yang terlibat ke muka pengadilan kerana melanggar perlembagaan negara dengan menyebarkan dakyah kristian di kalangan penganut Islam.

1 comment:

  1. pas kata boleh tak salah... kalimah Allah pun boleh kongsi ma...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.