Tuesday, January 22, 2013

Ustaz Kamal Saidin : Lebuhraya Belum Siap ,PAS Sudah Kutip Tol


PAS mencanang kononnya mereka akan buat lebuhraya percuma di Kelantan tetapi yang tersiratnya,PAS sebenarnya sudah mencekik dan meminta tol daripada rakyat dengan derma kononnya untuk pembangunan lebuhraya percuma tersebut.Ustaz Kamal Saidin,Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu menjawab isu ini dengan baik sekali dalam Forum .Saksikan bingkisan video tersebut :


KP sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kamal Saidin bahawa PAS sebenarnya telah memperbodohkan rakyat Kelantan dengan lebuhraya percuma tersebut dengan pelbagai slogan derma kononnya wakaf dan sebagainya.PAS sejak memerintah Kelantan 20 tahun lebih  dahulu berjanji macam-macam terhadap rakyat Kelantan tetapi hampir kesemuanya tidak ditepati.


Ini berbeza dengan BN yang telah menawarkan kepada rakyat Kelantan pembangunan yang berterusan  dengan 7 janji yang menjadi manifesto BN untuk rakyat Kelantan pada PRU-13.Antaranya pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.Dato' Seri Najib sendiri berikrar untuk membawa perubahan buat rakyat Kelantan yang sudah ditipu Kerajaan PAS Kelantan sekian lamanya.Inilah masanya buat rakyat Kelantan membuat perubahan untuk masa depan yang lebih utuh bersama UMNO dan BN.

Pemimpin bawa rahmat pembangunan dan peruntukan kepada rakyat,tapi PAS menagih duit dan wang rakyat,ini ke konsep negara berkebajikan ??

1 comment:

  1. lEBURAYA PAS bayar dulu... lalu ker tak lalu belakang citer..
    Lebuh raya BN .. kalo nak lalu bayarler .....APA PUN TAK BOLEH

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.