Thursday, February 28, 2013

100 ahli Pas keluar parti pasal sikap angkuh Nik Aziz






Kira-kira 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh dekat sini, bertindak drastik menyertai UMNO selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Ahli Pas, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai UMNO kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.


"Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan UMNO. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan.

"Sejak 22 tahun Pas memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar Pas," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Seorang lagi penyokong Pas, Rosanah Yaacob, 47, memberitahu, dia tidak pernah mengundi UMNO kerana menganggap Pas sebagai parti Islam mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat di dunia dan akhirat.
Namun, katanya, tanggapan itu meleset kerana prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah.


"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," katanya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130227/po_10/100-penyokong-tegar-Pas-Gual-Tokdeh-sertai-UMNO#ixzz2M5sHIjGe
© Utusan Melayu (M) Bhd

2 comments:

  1. Apa lagi yang tidak jelas tentang niat jahat Pakatan Rakyat? Bila bercakap di hadapan rakyat mereka membohongi rakyat.

    Bila berucap di hadapan bukan Melayu mereka maki Melayu. Bila bercakap di hadapan Melayu lain pula caranya. Bila diberikan amanah memerintah mereka khianati.

    Mengkhianati rakyat atas nama rakyat. Kerajaan Rakyat, Pakatan Rakyat, Rakyat Hakim Negara, Kedaulatan Rakyat. Semua atas nama rakyat agar rakyat mengundi mereka . Jika gagal, rakyat akan dihasut bangkit menentang biarpun negara menjadi huru hara. Itulah niat sebenar atas nama rakyat.

    Janganlah rakyat tertipu lagi

    ReplyDelete
  2. Nik Najis dah ikut telunjuk Cina DAPigs setan dan berhati komunis, tu yang dah jadi bongkak, sombong dan takkabbur. Aku doakan Fuckatan KO pada PRU13 kali ini.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.