Angin perubahan drastik oleh PAS kebelakangan ini bertiup kencang sekali dan mencapai kemuncaknya tatkala Nasharuddin Mat Isa ,Bekas Timbalan Presiden PAS digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS .
Kini,timbul pula kisah membabitkan dua orang pemimpin tertinggi di dalam PAS yang juga anggota Majlis Syura Ulama PAS mungkin menerima nasib yang sama ,iaitu sama ada berundur ataupun dipecat.Mereka dikatakan antara ulama yang membantah penyingkiran Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama PAS
Khabar angin seperti ini sebenar mungkin ada asasnya yang mana sebelum ini kedua-dua ulama ini juga turut berkeras tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah di dalam bible berbahasa melayu dan akhirnya diperstujui oleh Majlis Syura Ulama PAS.Walaupun keputusan itu tidak menyenangkan Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS yang sebelum itu telah bersetuju untuk membenarkan dan telah dipersetujui dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat,PAS tidak ada cara lain selain menutup mulut kedua-dua ulama ini daripada terus membantah segala keputusan tertinggi PAS.
Kasihannya PAS,makin hari makin ramai ulama mereka terus ditekan untuk menurut segala telunjuk parti demi menjaga hubungan baik dalam Pakatan Rakyat.Mereka sedar bahawa tahalluf siyasi di dalam PR sebenarnya merugikan PAS dan kini suara PAS di dalam kerajaan PR di beberapa negeri yang tidak dikuasai PAS seperti di P.Pinang dan Selangor tidak pernah didengari oleh DAP dan PKR.
Jadi,dimanakah letaknya maruah PAS ??Sampaikan ulama pun sanggup mereka buang demi menjaga hubungan dengan DAP dan PKR.Percayalah bahawa PAS bakal menuju kehancuran tatkala Ulama seperti disingkirkan oleh mereka dan akan ramai akar umbi PAS mempersoalkan tindakan bodoh PAS.
Tahniah PAS !!! Kata membangun bersama Islam sedangkan Ulama pun hangpa singkirkan !!
Baca pendedahan oleh blogger PR
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.