Wednesday, February 20, 2013

Fenomena Lagu 'Bo La Weiii' Gelombang Merah UMNO Kelantan Buatkan PAS Makin Derita #TUKAR


"Bo lah wei", satu mesej jelas daripada rakyat Kelantan kepada kepimpinan kerajaan negeri Kelantan. Rakyat Kelantan sudah cukup muak dengan corak pemerintahan PAS yang lebih mementingkan kepentingan politik mereka berbanding kepentingan rakyat.

 Lagu "Bo lah wei" nyanyian Eddie Hamid ini telah dilancarkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 yang lepas sempena Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan. Lagu ini semakin mendapat perhatian rakyat Kelantan.

 Semakin ramai anak-anak Kelantan terutamanya yang merantau di negeri orang kini mula sedar untuk membuat perubahan di Kelantan.

Komentar KP : Makin hebat rupanya gerakerja UMNO Kelantan dengan menerbitkan video muzik khas untuk kesedaran rakyat Kelantan terutamanya yang banyak berhijrah dan berada diperantauan.KP pun sudah menonton klip video tersebut dan menarik sungguh sususan atau arrangement muzik lagu tersebut dan kena dengan liriknya dalam loghat Kelantan.Mungkin selepas ini PAS nak terbitkan album khas sempena PRU-13 kerana PAS kan punyai ramai artis yang telah mereka angkat setaraf dengan ulama dalam PAS

-Moh pakat layan sedaih lagu nie boh...#TUKARKELATE

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.