Perang saraf antara BN Pulau Pinang dan kerajaan DAP negeri itu masuk fasa baru hari ini selepas jemputan supaya Ketua Menteri Lim Guan Eng datang ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 11 Febuari nanti dan duduk sebelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain Guan Eng, turut dijemput semua ADUN dan Ahli Parlimen Pulau Pinang. Sekarang ramai yang tunggu nak tanya, "Apa macam Guan Eng.... berani ke?"
Kisahnya bermula apabila media menghebahkan berita kehadiran penyanyi antarabangsa PSY ke majlis Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang, yang menyebabkan ramai pemimpin pembangkang pembangkang iri hati.
Tetapi Guan Eng berlagak baik, dia dengan nada menyindir minta orang ramai pergi sebab makan minum dan hiburan percuma selain pakai baju Bersih tanda bantahan. Ramai yang anggap, Guan Eng sebenarnya 'panik' apabila tahu PSY datang atas undangan BN.
Ini kerana penyanyi K-Pop Korea memang diminati oleh generasi muda terutamanya masyarakat Cina. DAP sendiri 'ciplak' lagu “Oppa Gangnam Style” nyanyian PSY untuk buat video klip burukkan pemimpin negara semasa Kongres Nasional parti itu Disember lalu.
Kini 'pisau dah tikam tuan' jadi mahu tak mahu terpaksalah Guan Eng buat cerita suruh orang ramai pergi pakai baju Bersih. Kalau nak ikut logik, saranan itu macam hendak cari gaduh, BN buat majlis, PR suruh datang pakai baju Bersih untuk buat kacau.
Itu yang disifatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kerja bodoh. Muhyiddin berkata demikian ketika jawab soalan dalam sidang media di Pulau Pinang Selasa lalu.
Semalam, Guan Eng cuba menarik simpati dengan dakwa kata-kata bodoh itu tidak sopan terhadap beliau. Hari ini, BN Pulau Pinang buat kejutan lagi apabila umum jemputan terbuka untuk Guan Eng datang ke majlis BN Pulau Pinang.
Baca lagi di Agenda Daily
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.