Hari ini bertempat di hadapan Masjid Sheik Eusoff, Jln Air Itam, YDP Pas Tanjong Zaidi Abu Bakar bersama NGO2 Melayu telah mengadakan satu bantahan bekenaan isu kalimah Allah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau menuntut agar Lim Guan Eng segera meminta maaf akan keterlanjurannya yang mendesak penggunaan kalimah allah untuk digunakan kepada penganut Kristian dalam bible berbahasa Melayu.
Ini kerana perbuatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini telah menguris hati umat islam khusunya di negeri ini malah pemimpin Pakatan dalam PKR dan Pas dilihat tidak pula berani menegur dalam isu ini.
Selain itu , mereka juga memaklumkan bantahan selamatkan kalimah Allah ini akan diadakan setiap minggu sebagai tanda bantahan umat Islam negeri ini terhadap isu kalimah allah dicetuskan Dap.
Selepas itu , upacara pembakaran Buletin Mutiara diadakan adalah simbolik kebiadapan Lim Guan Eng yang menghina Kalimah Allah yang menjadi hak mutlak umat Islam.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.