GUA MUSANG - Rakyat akan menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata, ini terbukti melalui perubahan di Bandar Gua Musang yang semakin maju berbanding 30 tahun dahulu apabila pelbagai kemudahan dilaksanakan kerajaan BN untuk faedah rakyat. Perubahan ini adalah hasil sokongan penduduk Gua Musang kepada BN, katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Dengan Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Parlimen Gua Musang di sini, hari ini.
Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Mat Yusoff Ab Ghani, Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Adun Galas Ab Aziz Yusof. Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata bandar Gua Musang mungkin lebih maju lagi di masa akan datang apabila banyak projek yang dirancangkan kerajaan dapat dilaksanakan secara berterusan.
"Kita harap segala-galanya itu berjaya apabila rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan termasuk kita semua sebagai pemimpin peringkat Parlimen Gua Musang," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.