Friday, February 8, 2013

Nasharuddin Ditawar Bertanding Atas Tiket Parti BERJASA


KUALA LUMPUR - Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengalu-alukan pihak yang mengutamakan perpaduan ummah termasuk bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa untuk menyertai atau bertanding di atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

 Presiden Berjasa Mohd Yusoff Haron berkata, pihaknya sedia terima sesiapa sahaja yang mahu memperkasakan Islam.

 "Berjasa boleh bekerjasama dengan semua pihak yang boleh menyumbang kepada kebaikan negara dan rakyat. Berjasa mahu menjadi jambatan ukhuwah Islamiah dan menggantikan politik kebencian dan pecah-belah ," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mohd Yusoff berkata, pada pilihan raya umum ke-13 nanti,

Berjasa akan meletakkan calon di 50 kerusi parlimen di Selangor, Perak dan Johor selain 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

 Ditanya sama ada Berjasa akan memecahkan undi orang Melayu pada PRU-13, beliau menolak tanggapan sedemikian dan sebaliknya percaya Berjasa boleh menguatkan perpaduan orang Melayu.

 Berjasa ditubuhkan pada 1977 sebagai parti alternatif kepada Pas. Nasharudin yang dipecat dari Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau bagaimanapun kekal sebagai ahli Pas. - Bernam

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.