Friday, February 1, 2013

Nik Aziz Lawan Keputusan Majlis Syura Ulama,Pecat Sendiri Keahlian Nasharuddin Sebagai Ahli PAS ??

Adakah Nik Aziz mahu menjadi diktator dgn memecat secara sendiri keahlian Nasharuddin sebagai ahli PAS ??
Kenyataan Mursyidul Am PAS

BACHOK: Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Nik Aziz berkata, Nasharuddin tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS.

 "Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Kenyataan oleh Majlis Syura Ulama PAS

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS berikutan tindak-tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat minggu lalu membuat keputusan selepas mendapati Ahli Parlimen Bachok terbabit melanggar peraturan berjemaah.

 Beliau berkata, keputusan menggugurkan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura Ulama sudah dibuat pada mesyuarat yang diadakan di Kelantan, November lalu ketika berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS.

 “Beliau sepatutnya digugurkan ketika mesyuarat yang diadakan di Kelantan ketika Muktamar PAS November lalu. Namun, atas beberapa sebab, kita tidak dapat lakukannya sehingga mesyuarat baru-baru ini dan keputusan diambil dengan menggugurkannya sebagai ahli Majlis Syura.

 Tetap ahli PAS 

 “Namun, beliau tetap ahli PAS dan tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi pada peringkat pusat. Keputusan menggugurkan Nasharuddin dibuat kerana kegagalannya memberikan komitmen sepatutnya.

 “Malah, beliau sudah banyak kali tidak menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama, selain beberapa tindakannya yang dianggap bertentangan dengan peraturan berjemaah,” katanya. Keputusan menggugurkan Nasharuddin diumumkan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhamad Zawawi Salleh dan disiarkan akhbar rasmi parti itu, semalam.

 Ditanya sama ada Nasharuddin sudah dimaklumkan mengenai perkara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak pasti sama ada surat mengenai pemecatan terbabit dihantar ataupun tidak kepada pemimpin PAS berkenaan.

 Katanya, Majlis Syura melihat tindakan Nasharuddin kebelakangan ini bukan saja boleh merugikan PAS, malah menimbulkan fitnah bagi jemaah di samping bercanggah dengan kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti. Terbaru, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia itu turut mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Palestin


Komentar KP : Dengan kata-kata keramat ini terlafazlah pemecatan serta merta Nasharuddin Mat Isa sebagai ahli PAS dan tidak lagi ada kena mengena dengan PAS menurut mulut Nik Aziz. Walaupun yang kita semua sedia maklum seperti kenyataan di atas bahawa pemecatan Nasharuddin hanya melibatkan kedudukannya di dalam Majlis Syura Ulama PAS dan beliau tetap ahli PAS seperti yang disebut oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS,Ustaz Nik Zawawi Salleh.

Adakah Nik Aziz mempunyai autoriti besar untuk memecat keahlian Nasharuddin sebagai ahli PAS tanpa merundingkannya terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS  ?? Inikah cara pemecatan parti yang diamalkan oleh PAS ?? Kenapa ada dua percanggahan keputusan ?? Adakah Nik Aziz cuba dahului keputusannya daripada keputusan bersama Majlis Syura Ulama PAS ?? Kalau macam ini caranya,keputusan berdasarkan pandangan sendiri dan nafsu dendam yang tidak berkesudahan,alamatnya PAS adalah parti pertama yang mengamalkan amalan diktator yang dikepalai oleh Nik Aziz dengan membuat keputusan sendiri.

2 comments:

  1. Inikah parti yang nak menjadi pemerintah. Parti yang tak ada peraturan. Boleh pecat sesuka hati tanpa surat??? Macam mana nak mentadbir???

    ReplyDelete
  2. Power corrupts...
    Hairan saorang bergelar Tuan Guru (orang PAS ajer yang panggil gitu) boleh perangai begitu.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.