Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Di Sinar Harian
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan media mengatakan Majlis Syura menolak idea Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri sekiranya menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) sebagai dakwaan mengarut.
Menteri Besar Kelantan turut menyalahkan Umno yang dikatakan sengaja mencipta isu berkenaan sedangkan Majlis Syura yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan hal tersebut. “Itu mengarut, tak ada apa, Umno suka buat fitnah, benda tak ada apa-apa lagi, dia tak tahu dosa pahala, bila manusia tolak agama ia tidak dapat mengawal mereka,” katanya di sini pagi ini.

Komentar KP : Kejujuran Nik Aziz memberitahu bahawa Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah membincangkan hendak melantik Anwar Ibarhim menjadi PM jika berjaya menang PRU-13 bukti bahawa keputusan PAS untuk melantik Anwar Ibarhim sebagai PM hanyalah keputusan peribadi dan bukannya keputusan sebulat suara dan rasmi PAS dan tidak pernah merujuk kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk dibincangkan secara jelas.
Jadi,ura-ura mengatakan Anwar belum tentu menjadi PM ini mempunyai asas dan kenyataan jujur Nik Aziz telah membuka mata penyokong PAS bahawa Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka setuju ataupun tidak dengan keputusan oleh Presiden PAS yang setuju untuk mengangkat Anwar sebagai PM.
Jadi,keputusan rasmi PAS untuk melantik Anwar sebagai PM ini keputusan siapa sebenarnya ???Adakah keputusan Jawatankuasa PAS Pusat bersama Presiden PAS sendiri??Kenapa Majlis Syura Ulama PAS tidak dirujuk untuk dibincangkan walhal Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi di dalam PAS yang memutuskan sesuatu keputusan yang besar dan penting seperti ini.
Sebab KP tahu di dalam PAS adalah puak di dalam PAS sendiri yang tidak mahu Anwar menjadi PM kerana pelbagai isu berkaitan masalah moralnya dan isu ini pernah dibangkitkan dalam Muktamar PAS Pusat yang lepas yang mana ada perwakilan mahu Hj Hadi menjadi PM jika PR menang PRU-13.Di kalangan pemimpin PAS sendiri tidak senang jika Anwar menjadi PM walaupun ada puak erdogan(balaci-balaci Anwar) di dalam PAS yang berusaha memujuk pimpinan PAS untuk menerima Anwar sebagai PM .

Puak erdogan inilah yang Dr. Hassan Ali sifatkan sebagai parasit-parasit di dalam PAS yang cuba mengucar-kacirkan parti PAS dan membawa PAS berfikiran liberal dan terbuka dalam membuat keputusan dalam beberapa isu terutaman berkaitan Islam misalnya dalam isu kalimah Allah.
yg tolak Anwar jadi PM ni adalah puak2 pro UMNO dalam PAS
ReplyDelete