Saturday, February 23, 2013

PANAS !!! Hj Hadi Kata Orang Yang Terima BR1M Bodoh


ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'. Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya.

 "Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi. Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

 Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Nik Aziz telah menghina rakyat Malaysia.-Antarapos.com

2 comments:

  1. Tak apa lah jadi bodoh pun dapat duit. Kalau ikut Hadi lebih bodoh kerna bercakap pun dah tujuk kebodohan diri dia.

    ReplyDelete
  2. yang bodoh tu bukan nya rakyat, tapi PM Najib!

    rakyat semua tahu itu bukan nya wang PM Najib tapi wang dari hasil titik peluh rakyat.

    walaupun diberi berapa juta pun rakyat masih tetap dengan pendirian nya masing2 - yang menyokong PR pasti akan terus menyokong PR - itu lah yang di maksudkan oleh Tn Guru tu agak nye ..........

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.