Sunday, February 10, 2013

PAS Akui Tidak Mampu Tumbangkan BN


SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas sedar parti itu tidak dapat menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika ia bergerak sendiri sebagai satu parti.

 Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, sebelum memutuskan untuk bersama PKR dan DAP, Pas telah membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama yang memberi fokus kepada dua aspek iaitu politik dan dakwah Islamiah.

 Menurutnya, hasil perbincangan tersebut, satu keputusan telah diambil iaitu untuk menggunakan pendekatan tahaluf siyasi (kerjasama) dengan parti politik lain sebagai langkah membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

 “Kita lawan (sebagai) satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN. Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh gugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat bertukar pada PRU13 ini.

 “Itu fokus Majlis Syura Ulama daripada sudut politik dan kami buat perbincangan dari A hingga Z. Daripada perbincangan, tercetusnya hukum sama ada boleh atau tidak, wajib atau tidak berasaskan kajian yang kita buat,” katanya.

 Katanya, Pas menyedari perkara itu memandangkan BN mempunyai banyak parti komponen dan agak sukar untuk Pas menentang kekuatan itu secara bersendirian “Jika Pas tidak bergabung dengan parti lain dalam masyarakat majmuk, kemudian mahu lawan BN yang ada parti politik pelbagai, kita tidak akan mampu tumbangkan mereka.

 “Sehingga akhir-akhir ini, kami mendapat lambaian daripada beberapa parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk turut sama bergabung bagi menguatkan barisan,” katanya. Selain fokus politik, katanya, Pas turun menekankan dakwah Islamiah bagi memperbetulkan persepsi masyarakat bukan Islam di negara ini terhadap Islam lantaran mereka sebelum ini ditakut-takutkan oleh orang Islam sendiri.

 “Ini mendukacitakan kerana ia berlaku daripada golongan mereka ada ilmu agama yang mengatakan Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya negara Islam tidak boleh diwujud dalam masyarakat majmuk.

 "Ia menyebabkan masyarakat bukan Islam jadi kabur sedangkan agama Islam diturun ALLAH untuk semua,” katanya.

Komentar KP :Isunya bukan PAS tidak mampu tumbangkan BN,tetapi PAS masih takut dengan bayang-bayangnya sendiri.Mereka bukan sebuah parti yang kecil tetapi memliki ahli hampir 1 juta orang dan telah berada dipersada politik Malaysia sejak sebelum merdeka.Mereka punya akar umbi yang teguh menyokong mereka disetiap ceruk rantau di Malaysia.PAS tidak rugi jika keluar daripada PR kerana mereka punya kekuatan sendiri di akar umbi setiap kawasan.PR lah yang akan rugi jika PAS keluar kerana mereka mengharapkan kerusi-kerusi Melayu milik PAS untuk berkuasa di Putrajaya.Jelas,PAS hanyalah alat untuk Anwar Ibrahim berkuasa dan menjadi PM.

Tahalluf siyasi yang mereka canangkan sebenarnya itu bukannya kerjasama yang selari dengan Islam kerana mereka tidak menjadi parti utama dalam PR sebaliknya PKR ,parti yang memperjuangkan Anwar Ibrahim dan perjuangan liberalisme dan sekularisme yang menjadi kepalanya.Ini sangat menyimpang daripada Islam.Adakah ini yang PAS sanggup korbankan demi maslahah kekuasaan ke Putrajaya ?? Sedangkan prinsip Islam diketepikan untuk menjaga hati rakan-rakan parti yang jelas menolak Islam.

1 comment:

  1. PAS tidak yakin pada kuasa Allah, walau Pas bersendirian tapi dgn bantuan Allah Pas boleh memenangi pilihanraya. Sebesar-besar Kerajaan Firaun pun boleh musnah dgn bantuan Allah!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.