Thursday, February 21, 2013

Rakyat Wajar Marah !!! Nik Aziz Samakan Penerima BR1M Dengan Binatang



Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

 Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

 Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

 “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Komentar KP : Makin hari makin merapu apa yang dicakapkannya,bandingkan rakyat yang menerima BR1M sebagai ayam dan lembu jelas penghinaan buruk terhadap rakyat Malaysia.Tidak wajar ia keluar daripada seorang Mursyidul Am yang jika di dalam bahawa arab membawa maksud irsyad iaitu  petunjuk,maka jawatan mursyidul itu bermaksud orang yg memberi petunjuk.Beginikah ayat yang keluar daripada seorang yg memberi petunjuk dan jalan kepada pengikutnya??

KP menyeru rakyat bangkit dan berani tegur kenyataan kurang ajar Nik Aziz.Ulama-ulama dalam PAS jangan jadi syaitan bisu dengan membiarkan Nik Aziz dengan fatwa-fatwa dan kenyataan songsangnya.Ahli dan penyokong akar umbi PAS yang menerima BR1M ini sepatutnya rasa terhina dengan celaan Nik Aziz yang turut sama disama tarafkan sebagai binatang.Apa salahnya menerima wang pemberian kerajaan ?? Tambahan pula kepada golongan yang miskin yang sangat memerlukan.Nik Aziz sudah kaya tak pa la sedangkan ramai lagi rakyat Kelantan menderita kemiskinan dek kerana lemahnya pentadbiran PAS di kelantan lebih 23 tahun .

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.