KUALA LUMPUR - Pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semalam telah membatalkan sebuah forum politik yang bakal dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UIAM pada awal bulan Mac ini iaitu pada 4 Mac 2013.Forum yang bertajuk PRU-13:Harapan Malaysia ini yang akan menampilkan YB Khairy Jamaluddin ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,YM Dr.Raja Ahmad Iskandar,Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Prof Madya Dato' Dr. Asri Zainul Abidin,Pensyarah Kanan USM dan Prof Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah,Pensyarah Kanan UPNM. sebagai penalis di forum tersebut.
Skop forum itu kemungkinan akan berkisar tentang kehangatan menjelang PRU-13 di Malaysia dan apa harapan rakyat Malaysia terhadap PRU-13 ini yang dikatkan sebagai ibu segala pilihanraya.Forum ini dijangka akan menjadi pentas untuk politikus daripada kerajaan dan pembangkang untuk menarik sokongan anak muda terutamanya mahasiswa universiti terhadap mereka.

Menurut Presiden MPP UIAM,Saudara Hamidi Zamri ,forum ini sebenarnya sudah mendapat surat kebenaran pada awalnya tetapi pihak pentadbiran atasan UIAM telah mengambil keputusan baru untuk membatalkan forum ini beberapa hari sebelum forum ini berlangsung atas sebab-sebab tertentu.Yang jelas ,sebab utamanya ialah "No Politic In Campus".
Sebelum ini,nama UIAM telah tercemar gara-gara tindakan pihak universiti yang membatalkan beberapa program seperti K-Fiqh Siyasah,Program Bersama YB Dato' Saifudin Abdullah , Ceramah Agama bersama Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain lagi.
Sebilangan besar pelajar-pelajar UIAM melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak universiti ini yang dilihat sering kali menyekat kebebasan mahasiswa dan menyempitkan lagi pandangan mahasiswa terhadap politik itu sendiri .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.